8.13.2008

Bijaknya pemikiran mahasiswa UITM

. 8.13.2008


Syukur alhamdullilah saya bukanlah kilang kelahiran UITM (dulu famous ITM) tapi saya kelulusan UTM..hampir sama je tapi saya sedih atas kedangkalan para pelajar dan alumni yang sudah tentu bangga bergelar mahasiswa. Tidak terduga begitu ramainya mahasiswa berarak tanpa menilai dan mengambilkira terlebih dahulu tentang kronologi apa yang berlaku. Mahasiswa ini hanya terpengaruh atas desakan dan adu domba oleh sesetengah pihak seterusnya dicurahkan api oleh pihak media yang terang-terangan mempolitikkan keadaan.


Dr Halimah dalam webnya {Dr. Halimah Ali} menerangkan dengan panjang lebar atas apa yang terjadi hasil temubual wartawan Sinar Hairan dengan beliau sewaktu merasmikan majlis penutup "kursus menjahit untuk ibu tunggal" di Kg Delek Klang Selangor Wartawan ini telah meminta pendapatnya tentang pendedahan Pemuda UMNO Shah Alam tentang cubaan membuka pintu UiTM kepada pelajar kaum lain. Saya sebut tentang persaingan sihat, keperluan mengkaji hasrat ini dengan lebih terperinci serta betapa perlunya wujud persaingan dalam meningkatkan prestasi.

Apa yang Dr. Halimah utarakan cumalah pandangan beliau setelah ada pihak dari Pemuda UMNO Shah Alam dan ini seterusnya diikuti komen dari Bapak Khalid. Ianya telah dipolitik dengan begitu indah sekali hingga alumni, maha tak siswa, kaki dan tangan UITM sendiri malah Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah turut berdengkur mengikut rentak yang sama. Inilah kedangkalan pemikiran yang bila akal mulai dikuasai dengan nafsu amarah, syaitan bersorak riang. Tindakan melaga-lagakan pemimpin, mahasiswa serta orang prihatin menjadi bahan ketawa bagi orang macam saya.

Di rujuk pada kes Majlis Peguam yang menganjurkan forum terbuka tempoh hari, setelah keadaan tenang lihat apa yang berlaku, nak harap kerajaan untuk ambil tindakan ISA kepada pihak yang berkenaan jauh panggang dari api, cakap tak serupa bikin..mana perginya orang GAMIS, PEKIDA, MPP, NGO-NGO malah Sdr Zulkifli sendiri. Senyap je..

Cuba kita lihat selama ini kalau mahasiswa nak perjuangkan nasib kaum Melayu, banyak yang boleh dilakukan..kenapa bila Bapak Khalid cuma memberi cadangan yang sudah tentu tinggal cadangan yakni bukan dibawah kuasa kerajaan negeri, mereka ini meleleh air liur berteriak dan memaki hamun pemimpin bangsa sendiri. Tak malukah...fikirkanlah kembali. Mahasiswa tidak boleh berfikiran seperti katak di bawah tempurung, kena pecahkan tempurung untuk melihat dunia luar. Kita sekarang terpaksa bersaing menerusi dunia yang semakin global. Jadilah mahasiswa yang glokal...UITM itu hanyalah sementara dunia luar lebih mencabar.

Isu-isu budaya couple di IPTA dan IPTS janganlah dianggap remeh, majoritinya orang Melayu dan Islam, isu pinjaman PTPTN serta ribanya sekali, isu kebebasan mahasiswa untuk bersuara, isu pelajar murtad, isu mahasiswa menganggur dan banyak lagi patut dititikberatkan. Kenapa banyak kes-kes yang Melayunya telah hilang selama ini tidak diutarakan. Apakah persatuan pelajar dan MPP UITM hanya berkisar isu dalaman kampus sahaja. Menganjurkan seminar rumahtangga, kursus mesra pelajar tanpa memikirkan atau memperjuangkan isu-isu yang lebih global melibatkan isu antarabangsa malah Malaysia sendiri khususnya.

Saya mencadangkan agar maha x siswa, kaki dan tangan UITM, alumni malah NCnya sendiri mengambil peluang dengan kesungguhan MB Selangor, Bapak Khalid untuk mengadakan satu perjumpaan serti yang diuar-uarkan oleh [Malaysiakini]
Berfikirlah secara nak jantan, matang dan jangan terikut-ikut dengan kedangkalan suara NCnya yang tentu telah mempolitikkan keadaan ini. Banyak yang ingin saya luahkan namun memikirkan inilah budaya orang Melayu yang cepat melatah serta jumudnya pememikiran mahasiswa yang terlibat..susah untuk saya ungkapkan. Akhir kalam rebutlah peluang yang ada di depan mata, Bapak Khalid sudah bersuara, dan sewajarnya peranan MPP mengambil peluang ini. Adakan sessi soaljawab, pemikiran kritis selalunya membawa keputusan yang baik. Bertindaklah secara rasional. Sekian.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

7 comments:

Anonymous said...

pemikiran mahasiswa UiTM mmg bijak!! bukan sahaja bijak dlm akademik tp jugak bijak memperjuangkn bangsa Melayu, mahasiswa Uitm bukan lah katak di bwah tempurung yg tempurung nya di katakan di buat oleh NC nye.. tetapi mahasiswa Uitm bertindak bijak, dpat membezakan antara yg penting dan kurang penting, contoh antara akademik dan politik, yg mana mahasiswa harus dahulukan, tepuk dada tnya diri.. Sebelum ini, mahasiswa tidak bersuara kerana haknya tidak disentuh, batas2nya difahami sebaiknya sbgai seorg mahasiswa.. tetapi apabila org melayu sendiri yg tak mampu berfikir dgn betul dan cuba menggadaikan hak kepunyaan org melayu itu sendiri, takkan mahasiswa yg berpendidikan hendak terus diprkotak katik kan oleh mainan politik semata-mata..Uitm, universiti ini tempat melayu... dengan alasan ingin mewujudkan daya saing dan dengan mudah ingin menggadaikan hak melayu, adakah ini satu helah politik semata-mata, kalau tidak kaji tentang percapaian Uitm, jgn sekali-kali berkata Uitm tidak berdaya saing..sedangkan alumni Uitm kini adalah nama2 besar dalam dunia korporat....graduan Uitm mendapat permintaan tggi oleh syarikat2 besar yg hendak mengambil pekerja..apakah ini tidak berdaya saing.. jgn kerana nak memikat hati kaum lain, alasan sebegitu tidak berakal perlu diutamakan, manakah perginya jatidiri sebagai bangsa melayu..berfikirlah rasional, dasar ekonomi baru pun, 30% ekonmi dikuasai oleh org melayu pun belum tercapai..tp dah berlagak nak gadaikan hak org Melayu..fikir2kan lah...

-ex-UiTM-

Unknown said...

Hak mahasiswa mana yang belum tersentuh atau tercabul: Pengurangan atau ketadaan biasiswa tetapi pinjaman, Tabung PTPN, AUKU, akujanji dan lain-lain: Bangunlah dari tidurmu

Anonymous said...

walaupun kuota 10% tidak dibuka kepada non-bumi, melayu still lg terpinggir. sebab melayu malas, harapkan ehsan jer. melayu malas bersaing. kenapa takut sangat dengan bangsa lain.

Unknown said...

Salam. Sila rujuk Sinar Harian m.s N2 edisi Selangor & KL bertarikh 9 Ogos 2008n bertajuk " Henti hasrat usik UiTM. Individu yang terlibat ialah seperti dilaporkan: Sharel Mohd Noor selaku Bendahari Pemuda UMNO bhg Shah Alam, Zulkifle Bin Abdullah dan Hairol Ikhmal Idris.

Arni said...

Sebenarnya, kalau kita ni student yg cemerlang, tak kisah la dicampakkan ke University mana pun, Insyaallah cemerlang juga.

Rasanya student yg tak setuju ni yg jenis2 yg CGPA nya ala2 bernafas dalam lumpur. So kalau masuk students2 non-Malay, habis la students Melayu yg tak berapa cemerlang ni kena tendang keluar.

Alahai... sampai bilalah nak takut dgn bayang2.. :(

Anonymous said...

Orang yang berkara pelajar UiTM tak bijak itu yang sebenarnya tak bijak.

Apa anda ingat pelajar ITM, UiTM & semua Alumni ITM/UiTM lulus cukup2 makan ka?

Apa anda ingat kalau dah jadi student UM (yang kononnya pernah menjadi amongg 100 univ, terbaik dunia) anda dah bijak? Grad saja terus kerja menannti depan mata?

ibrahim ujar said...

To anonymous 06/09/08, pada pendapat ana dalam dunia serba maju sekarang tiada lagi isu perkauman melayu ka cina ka india ka, mu hanya persoalkan kedudukan melayu dalam uitm..sudahlah, kita pergi dunia luar. uitm tu hanya 3, 4 atau 5 tahun saje tetapi diluar tu cabaran lebih besar dengan kita terpaksa bersaing dengan bangsa lain. Kita sekarang memasuki era bangsa Malaysia yang tinggal hanya Islam, sejauh mana kita amalkan keislaman kita insyallah akan tetap teguh...selamat berpuasa..juga kepada sdr kamal effendi hashim

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com