8.16.2008

Sekitar penamaan calon (Bah. 2)

. 8.16.2008



Lepas tu terus pegi kat Kompleks Tasek Gelugor..ingatkan nak beli bantal kekabu kat kedai Rashid Ulong ni..perasan ada mamat tu dok belek dua tiga keping gambaq. Ana ni yang jenis peramah pun gi la dok nyebok..sembang punya sembang rupanya dia salah sorang pengundi UMNO pekat ni..kalau ikut No. 1 ni tak leh nak jek dah !!!Ana pun ayat la bla..bla..bal last sekali confirm! dia dah buat keputusan muktamad. Tak de dah talian hayat. Sah dia ngundi Anwar kali ni. Nak tau apa ana ayat dia ni..kena tuntut dengan ana le...

Jalan lagi, sampai kat Kelab Golf Cinta Sayang..tempat Pak Lah ni. Teman ana pesan mutiara Sabah..jadi pii hantaq barang tu la. Masuk dalam dekat driving range tu, nampak mak gadis duk posing kat tepi pagar. Mula ana tak perasan, bila perati dari dekat la rupanya gambaq Pak Lah ngan Ezam sesumpah rupanya. Gambaq ni dah lama dok ada lagi kat sini. Mungkin kontraktor tak buang coz hutang BN dengan depa tu banyak, RM218 je juta tuh !!!!!


Dah tu jalan lagi kat Macang Bubuk, laluan penting nak ke Kulim ni. Banyak projek perumahan dan kedai naik kat sini. Dulu cadang nak buat macam Sunway Lagoon atau Taman Tasik Bukit Merah kat sini, mungkin tak jadi kot. Dahaganya, pusing kat area kedai nak beli mineral water, kerja-kerja menampal poster-poster DSAI giat dijalankan oleh peniaga setempat. Hebat betul la sokongan kaum cina dan india, almaklumlah Makkal Sakhti..nak tau tanya depa la!


Sambil tu beli paper sat baca cerita perihal calon-calon ni lah,setakat ni Anwar dengan Ariff Shah ni la. Sama hebat la.


Lalu pula kat Alma..sampai kat shopping kompleks yang hidup segan mati tak mau ni..cuma ada pusat boling je (tak ingat dah nama shopping kompleks tu tapi betul-betul dekat simpang yang kes Joe Fernandes mati kena tembak dalam keta tu, lama dah kes ni)..ana nampak poster ni kat dinding kompleks ni. Sedih lak pula rasanya. Tak tau la, tak cukup badget atau hutang dgan kontraktor RM218 juta tu tak selesai..habislah UMNO nanti kena simbah cat kat pejabat depa tu oleh ahlong.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

6 comments:

Anonymous said...

hahahahahaaaaaa.....sungguh kreatif lebih-lebih lagi d waktu tension pilihanraya nie..TAHNIAH

Anonymous said...

ni crita betol ke tipu ni?

Anonymous said...

hahaha...aku suka cerita hang..tak sabaq nak baca bagi habih..hahaha..

mohd fitri said...

salam..nice story..hilang boring

Anonymous said...

ni cerita cam true stori je, gbr tu sekadar hiasan je kan. (tapi gbr2 tu yang lagi dominant!, syabas) camna nak blaja buat gbr2 camnih...

Anonymous said...

bravoooo....

tahniah... best sangat baca perjalanan sedara nie...

ana pon rasa cam berada dlm perjalanan sedara nie... ;))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com