8.01.2008

Kongsi Kuasa PAS dan UMNO

. 8.01.2008



Nampaknya isu perletakan jawatan DSWA telah menenggelamkan isu muqabalah dan muzakarah antara PAS dan UMNO..memang hebat penangan keluarga DSAI ini lebih hebat dari kes Taksin, lebih mengancam dari skandal IMF tu.

Perhatian sepatutnya diberikan kepada isu ni yang tidak kurang pentingnya dalam memajukan ummah islam di Malaysia tapi nampaknya lebih ramai yang berminat untuk mengulas isu DSAI. Namun begitu timbul persoalan mengapa juak-juak pemimpin dalam UMNO yang ura-uranya bermuafakat untuk memberi kuasa kepada PAS terutama UMNO negeri Perak, Selangor (sedetik selepas pilihanraya) dan Pahang hanya berani mengutarakan perkongsian kuasa peringkat exco sahaja kecuali Selangor dan Perak yang menawarkan kerusi MB.

Nampak sangat UMNO ni lebih pentingkan kuasa dan pangkat dari persahabatan dengan PAS. Nampak sangat UMNO ni hanya ajak-ajak tahi ayam sahaja. Deiiiii UMNO, kamu bermain bukan dengan budak hingusan lagi..budak-budak ni yang kamu nak permainkan sebenarnya lebih tegar, lebih ganas, lebih haria darimu yang lembik, layu, kalau jaja kat lorong haji taib tu pun dah tak laku..

UMNO ni ibarat manusia yang berkurun kena dadah, cakap pun dah tak serupa bikin, kalau benar ikhlas untuk bermuzakarah atau bermuhabalah tak payah bertemu. Tunjukkan keikhlasan kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS iaitu di Kelantan, Perak dan Kedah. Apa Adnan takut nak lepaskan kerusi MB dia kah!! Apa Tajol Rosli ada angan-angan nak bergadingan tangan dengan IR Nizar kami kah!!!Apa Khir Toyo ada niat nak syer saham ladang babi diSelangorkah!!! Maaflah kalian semua..PAS ada prinsip dan pegangan Islam yang kukuh..lihat Tok Guru wahai insan kerdil Tajol Rosli..lihatlah Adnan dan Khir Toyo agaknya dimanakah tempat kamu sekarang..terjelepuk atau diawang-awangan lagi.

Janganlah diganggu-gugat pemimpin-pemimpin kami, carilah kapten kamu yang berkaliber, kalau setakat Ehud Elmert tu kami tak pernah gentar..pimpinan Hamas masih tetap utuh begitulah kami saf-saf pimpinan PAS. Seorang pemimpin PAS gugur akan lahir 1000 pemimpin lain yang berpegang teguh pada prinsip Islam..tiada yang akan berganjak..biar keringat membasahi jalan..biar darah mengalir di bumi..insyaalah perjuangan PAS akan tetap diteruskan..

Jadi ingatan kami agar jagalah negeri kamu yang kamu pimpin sekarang...penuhilah ia dengan dunia maksiat insyaalah Allah akan tunjukkan jalan-Nya kelak tunggulah wahai pemimpin UMNOI....

Karya : nekadislam.blogspot.com


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com