Apa pandangan anda tentang tuntutan ini..!!
Setelah hampir 51 tahun Malaya merdeka dan hampir 44 tahun Malaysia ditubuhkan, kita masih lagi dibelenggu oleh permasalahan kaum, tahanan tanpa bicara (ISA), politik ala “Hitler” yang diamalkan oleh BN dan masih lagi diperintah oleh parti politik yang sama iaitu Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia masih belum menikmati erti kemerdekaan sebenar. Barisan Nasional telah mengambil alih pemerintahan negara dari British untuk terus menjajah Malaysia. British menggunakan Undang-undang Darurat sementara Barisan Nasional menggunakan ISA. Nama saja berbeza manakala fungsinya tetap sama.
Setelah hampir 51 tahun merdeka dan 44 tahun Malaysia dituubuhkan, kita masih lagi berbangga dengan Perlembagaan Negara yang dideraf oleh “orang putih” dan bendera ala “bendera Amerika Syarikat”. Nama “Jalur gemilang” juga diterjemahkan secara langsung dari nama “Stripes of Glory” nama bendera Amerika Syarikat.
Oleh itu saya menyokong kempen Kickdefella dan teman-teman blogger lain untuk menterbalikkan bendera. Akan tetapi, sudah pastilah tuntutan saya berbeza dengan tuntutan teman-teman lain.
Saya akan terus terbalikkan bendera sehinggalah :
a) Malaysia bebas dari ISA.
b) Politik perkauman dimusnahkan di Malaysia.
c) Perlembagaan Negara dideraf semula kerana perlembagaan yang sedia ada ditulis oleh penjajah Inggeris yang sudah pasti tidak mahu melihat tanah jajahannya stabil agar mereka boleh menjajah semula.
d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat).
e) Hentikan “political assassination” dan pembunuhan diatas sebab-sebab politik. Contohnya Kes Memali di Baling pada tahun 1985.
f) Rakyat Malaysia dapat mengecapi demokrasi tulen seperti kebebasan berhimpun, bersuara dan berpersatuan.
g) Sejarah Malaysia ditulis semula. Peranan tokoh-tokoh kiri dalam melawan penjajahan harus diiktiraf dan dimasukkan dalam buku sejarah.
h) Pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia mesti dilaksanakan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh boleh dijadikan medan pertama untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dan memberikan peluang kepada media untuk memberikan liputan yang adil.
Ini serba sedikit tuntutan saya. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah lapan tuntutan dulu.
Anda mungkin tak bersetuju. Tak mengapalah…. Bukankah setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza?
0 comments:
Post a Comment