8.05.2008

Pak Lah tidoq lagi ka !!!!!

. 8.05.2008


Kerajaan tubuh Majlis Ekonomi, kata Abdullah
05/08/2008 7:13pm

PUTRAJAYA 5 Ogos — Kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi yang berperanan sebagai badan penasihat bagi menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi global yang memberi kesan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Majlis 40 anggota itu yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, wakil pihak kerajaan dan sektor swasta, dipengerusikan oleh Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai Timbalan Pengerusi.

Abdullah dalam satu kenyataan berkata, antara peranan majlis itu ialah:

+ Memantau dan menganalisis aliran dan perkembangan ekonomi domestik dan antarabangsa.

+ Menggubal strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara.

+ Mengenal pasti cara untuk mengawal keadaan inflasi dan merancang strategi bagi memastikan pembekalan yang kukuh ekoran kenaikan harga minyak, komoditi dan makanan.

+ Menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi dan kawalan harga bagi mengurangkan gangguan dalam ekonomi.

+ Merangka satu jaringan keselamatan sosial yang komprehensif bagi mengurangkan impak terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana akibat kenaikan kadar inflasi dan kelembapan ekonomi.

Abdullah berkata, keadaan ekonomi semasa lebih sukar dan tidak menentu disebabkan faktor-faktor seperti kenaikan harga komoditi makanan dan bahan api.


“Keadaan ini menuntut negara menyediakan dasar dan strategi yang khusus agar pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan seperti yang disasarkan, inflasi adalah terkawal dan rakyat dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti, terutama bagi golongan yang tidak berkemampuan,” katanya.

Oleh itu, katanya, Majlis Ekonomi akan menyediakan pendekatan bersepadu serta dasar-dasar yang telah dikenal pasti mampu menangani segala isu dan cabaran yang dihadapi.

Penubuhan majlis itu juga akan membantu kerajaan memperkemas dan menyelaras dasar-dasar dan prosedur sedia ada, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta menghadapi sebarang ketidaktentuan yang mungkin berlaku, katanya.

Perdana Menteri berkata, Majlis Ekonomi akan mengambil alih peranan Jawatankuasa Kabinet Antiinflasi dan Majlis Membanteras Inflasi Negara yang menumpukan perhatian terhadap menyelesaikan isu-isu yang berhubung kait dengan kenaikan harga. - Bernama

Ulasanku ; Habis tu apa gunanya kewujudan Majlis Tindakan Ekonomi Negara(National Economic Action Council). Pak Lah sekali lagi telah membazirkan duit rakyat dengan menubuhkan tah apa-apa Majlis yang memang sudah wujud sejak krisis ekonomi tahun 1997 lagi. Kepada kakitangan-kakitangan di sini, sila letak jawatan kerana perkhidmatan kamu tidak diperlukan lagi dan sila berjumpa dengan TPM DS Najib Tun Razak yang amat prihatin untuk sebarang masalah pinjaman (tak de duit coz kena berhenti kerja) atau pengaduan terus ke Pejabatnya di sini.

Cuba tengok misi dan visi MTEN ini...

Vision
To be an effective advisory body to the government in handling crisis and managing strategic economic issues in a proactive manner.

Mission
To tackle crisis and manage economic issues in a wise and prudent manner to enhance economic growth and ensure continued stability and prosperity of the country.

Objectives
To analyze and propose measures in tackling crisis and strategic issues for the government.
To provide accurate and relevant input to boost Malaysia’s competitiveness.
To coordinate actions for decisions yet to be implemented, especially in ‘cross-cutting issues’.
To provide platforms for discussions and consultations among the government, academicians, private sectors, students leaders and NGOs on a periodical basis.
To identify and propose new sources of growth to enhance economic growth.
To diseminate right information to the public during any crisis

Tak ke lebih kurang sama fungsinya...kenapa perlu pemikir-pemikir lain dan kita semak balik latarbelakang penubuhan MTEN ni..

NEAC Background
The NEAC was established on 7 January 1998 as a consultative body to deal with the immediate issues to tackle the Asian Financial Crisis in 1997. It has been instrumental in turning the economy around through pre-emptive strategies to counter the adverse impact.

The NEAC Council comprises the Prime Ministers, Deputy Prime Minister, Chief Ministers, Cabinet Ministers, Chief Secretary and representatives from the corporate sector and associations. Council Meetings are held once every few months. As such, in order to facilitate decision-making process, the Council had established NEAC Exco comprising members from ISIS, EPU and others. bla..bla...bla semak sendiri la...

Nampaknya Pak Lah keseorangan sekarang tanpa ada yang memberitahu bahawa sudah wujud Majlis sebegini atau Menantunya yang nak ambil alih Majlis ni !!! Tolong komen....

Usaha nekadislam


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com