8.12.2008

kemarahan, dendam dan kemaafan

. 8.12.2008


ANTARA kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza, namun ia berkait rapat antara satu sama lain.

Marah, dendam dan maaf, sudah tentu kemaafan yang lebih utama, tetapi terdayakah kita untuk melupakan sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan begitu saja, khu susnya perkara sensitif dan memberikan maaf kepada orang terbabit?

Dendam biasanya terhasil daripada perasaan marah, iaitu suatu perasaan membuak-buak apabila ditahan seseorang dirinya kerana tidak terdaya atau dipendam untuk me lepaskannya pada satu-satu ketika.

Perasaan marah yang ditahan dan terpendam di dalam batin hati itu kemudian bertukar menjadi perasaan lain, dipanggil dendam, yang mungkin mengakibatkan senario berpan jangan.

Dendam boleh diertikan sebagai perasaan berat hati yang bercampur perasaan benci terhadap seseorang yang ber terusan atau dalam beberapa waktu. Dendam, jika dituruti boleh mengakibatkan perkara lain yang tercela, antaranya:

# Perasaan hasad, iaitu menaruh rasa suka apabila pihak yang didendam itu ditimpa bala bencana atau kesusahan dan berduka sekiranya pihak terbabit mendapat kesenangan.

# Memutuskan perhubungan baik sekalipun pihak yang didendam tetap ingin mengekalkannya.

# Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah ke padanya.

# Berdusta ke atasnya, mengumpatnya dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

# Mengejek dan memperlinya.

# Memusuhi dan menganiayainya.

Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan seperti di atas, sudah tentu keadaan menjadi bertambah buruk dan hukumnya menjadi haram.

Tetapi lain halnya jika dendam itu tidak mendorong kepada tindakan terbabit dan perkara maksiat lain, bahkan hanya terpendam di dalam hati, tanpa diingkari hatinya, sehingga boleh menegah dari melakukan perkara yang disunatkan terhadap pihak yang didendam, seperti berwajah manis, bersikap lemah lembut, mengambil berat, menyampai hajat, bekerjasama dalam kerja bermanfaat.

Begitupun, semua ini boleh mengurangkan nilai dan darjat seseorang dalam beragama, menghalang daripada mendapat kurniaan pahala yang melimpah dari Allah, walaupun tidak mendedahkan diri kepada azab.

Justeru, langkah yang paling selamat ialah mengekalkan keadaan sebelum berlaku dendam. Malah, jika terdaya tam bahkan lagi kebaikan sebagai jihad nafsu kita dan menolak pujuk rayu syaitan.

Sementara itu, orang yang didendam atau pihak kena dendam pula, dia mungkin mengambil tindakan tertentu terhadap pihak yang berdendam, iaitu: 1. Mengambil tindakan yang setimpal dan yang dirasakan berhak diterima dari perbuatannya dengan tidak terlebih atau kurang. Tindakan seperti ini dipanggil keadilan atau mencari keadilan.

2. Berlaku ihsan kepada pihak yang berdendam, seperti memberikan kemaafan. Ini disebut kemuliaan. Orang seperti ini sungguh mulia hati budinya.

3. Menzalimi dan menganiayai orang yang berdendam dengannya dengan sesuatu yang sememangnya tidak berhak menerimanya. Ini disebut penganiayaan.

Pihak yang memilih tindakan yang ketiga adalah tergolong manusia yang berakhlak rendah, tindakan kedua termasuk golongan soleh dan pertama adalah pilihan golongan si ddiqin.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil ter hadap mereka yang menyebabkan kita marah (atas ke benaran), iaitu yang disebut 'al-adl' namun Islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan kemaafan. Inilah yang disebut 'al-ihsan' iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Mungkin ada pihak bertanya, mengapa pula tidak di galakkan untuk melakukan sesuatu tindakan terhadap orang yang berdendam, selagi tindakan itu adil dan saksama?

Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu tin dakan tanpa melebihi dan mengurangi, dengan tindakan yang dilakukan ke atas seseorang. Malah, selalunya tindak balas melebihi dari batas yang saksama dan ini menunjukkan ada kesulitan.

Justeru, sebagai langkah selamat dan menjamin kebaikan di antara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah memberikan maaf.

Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis pe rasaan dendam di dalam hati.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com