Jimadie Shah Othman | Aug 27, 08 4:46pm [diciplak dari Malaysiakini]
Penulis-penulis blog politik umumnya bertanggungjawab terhadap tulisan yang disiarkan di internet, termasuk mendedahkan identiti dan mengakui kesilapan.
"Macam saya letak logo anjing, saya mengakui saya buat kesalahan bodoh. Tetapi tulisan yang lain saya pertahankan," kata Abu Bakar Mohd Rashid, pemilik blog Penarik Beca.
Pada 6 Ogos lalu, beliau disiasat selama dua hari berhubung pemaparan imej kepala anjing di lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu artikelnya bulan lepas.
Abu Bakar, seorang wartawan sambilan yang dekat dengan PAS, mengulas ura-ura terbaru kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penulis blog susulan kegagalan BN menjawab tuduhan-tuduhan di internet sehingga dipercayai menjadi salah satu punca ketewasan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Rumusan langkah terbaru ini dilaporkan dicapai dalam satu pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan minggu lalu.
Tanpa tindakan tegas terhadap penulis blog, kerajaan BN kesan tuduhan-tuduhan di Internet boleh menjejaskan dengan teruk parti dalam pilihanraya umum akan datang, lapor akhbar web Malaysian Insider. Artikelnya disini.
Ulasan Webmaster ; Ana setuju dengan pandangan beberapa blogger politik yang menyatakan kepertanggungjawaban mereka ke atas apa yang mereka utarakan. Blogger tidak berselindung atas satu-satu faktor namun atas apa yang mereka fikirkan serta bukti yang ada. Biasalah dalam sesuatu artikel hatta akhbar kerajaan@UmnO sendiri (lihat photo bawah) di mana Utusan Meloya memohon maaf atas artikel yang terlepas keluar ke atas YB Karpal Singh baru-baru ni.
Apakah akan ada OSA ke-dua ke atas para blogger ini. Salahkah kami untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk tatapan masyarakat marhaen. Boleh dikatakan hanya 60 % penduduk Malaysia sahaja yang mempunyai akses internet kemudian tolak separuh katakan 30 % yang mengambilberat hal politik negara jadi hanya 30 % yang betul-betul mengamati hal ehwal politik negara termasuk para blogger.
Baguslah kalau jumlah 30 % ini didakwa sudah mengancam situasi negara. Kira hebatlah para blogger ini sehingga kerajaan@UmnO terpaksa berbuat sesuatu hingga Sultan Pahang pun terpaksa masuk campur hal urusan blogger ni. Hebat sungguh !!!!
Kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan@UmnO menjarah bumi ini untuk memenjara para blogger, mengkasi jari tangan para blogger dan sejauh mana kita semua para blogger bersatu hati menghadapi semua ini. Adakah kita terpaksa jadi begini...tengok photo bawah..lu fikirlah sendiri .....
3 comments:
lu fikirlah sendiri huhu..mantap.
takde foto bawah bos..
hohoho.. hebat ternyata ramai juga blogger di malaysia.. salam ziarah jg :D
masalah btul la tak leh masukkn video log..ish.tlong
Post a Comment