Jangan bimbang!
Oleh Ahmad Fitri Che Musa
fitrimusa@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Dijamin selamat, jangan bimbang!” demikian jaminan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung keselamatan pengguna Jalan raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengalami keretakan kelmarin.
Ini berikutan struktur jejambatnya masih utuh dan selamat.
“JKR ingin mengesahkan struktur jejambat MRR2 selamat digunakan,” kata Timbalan Ketua Pengarah I JKR, Datuk Mohamad Husin dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau juga mengesahkan, tiada keretakan baru dilaporkan atau keretakan lama yang timbul semula seperti dilaporkan sebelum ini.
Rakyat marah
PUTRAJAYA: Keretakan terbaru tiang penopang jejambat Jalan raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur, kelmarin, menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap kejadian itu membabitkan kelemahan dalam pengurusan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata jika masalah itu ditangani dengan berhati-hati dan tiada sebarang kerosakan selepas kerja pembaikan dilakukan, orang ramai tidak akan marah.
“Dulu bila rosak kita belanja RM70 juta (untuk baiki), itu satu perbelanjaan yang besar...sekarang retak lagi, ini cerita yang buat rakyat tak seronok, tak senang hati, bahkan marah.
“Masalah ini boleh dielakkan jika kita berhati-hati memastikan apa yang sudah dibaiki, teguh dan tidak akan berlaku dalam masa singkat kerosakan atau keretakan,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, semalam.
Ulasan : Dua komen dari Agensi Kerajaan dan suara PM DollahHarihari menyatakan bahawa masing-masing cuba lepas tangan atas apa yang berlaku. Pak Lah seolah-olah menyalahkan pemerintahan dahulu dengan Samy Vedoo menjadi kuda tunggangan manakala JKR seolah-olah ibarat tuhan yang mengerenti pengguna bahawa tidak akan ada apa-apa yang berlaku ke atas MRR2 tersebut. Jangan cuba untuk menjadi yang maha kuasa sesungguhnya kita hanyalah merancang dan tuhan adalah sebaik-baik perancang. Tobatlah segera...
0 comments:
Post a Comment