8.05.2008

Berita dari Labuan - UMNO bergaduh lagi

. 8.05.2008


Pergaduhan tercetus dalam mesyuarat Umno Batu Manikar
5th August, 2008 diciplak dari NewsSabahTimes

LABUAN: Mesyuarat Agung Persidangan Umno Cawangan Batu Manikar yang mulanya berjalan dengan lancar bertukar kecoh apabila beberapa ahli Umno yang hadir berang dengan tindakan pengerusi tetap yang gagal menjalankan tugas dengan cekap.

Kekecohan mesyuarat cawangan Umno Batu Manikar yang berlangsung di balai raya kampung itu malam kelmarin (Ahad) merupakan kekecohan pertama yang membabitkan pergaduhan sehingga polis terpaksa dipanggil untuk menenteramkan keadaan.

Katanya, Umno yang selama ini melaung-laungkan perpaduan orang Melayu dan Islam untuk terus bersatu padu, telah gagal melaksanakannya.

“Sejak saya tinggal di kampung ini kira-kira 10 tahun yang lalu tidak pernah berlaku kekecohan dan pergaduhan dalam sebuah keluarga, tetapi pada Ahad apabila berlakunya mesyuarat pemilihan parti Umno suasana kekeluargaan di kampung ini telah berubah,” katanya ketika menghubungi New Sabah Times di sini pagi kelmarin.

Matussin yang mengaku pernah menjadi ahli Umno Kampung Batu Manikar sebelum ini, turut kecewa dengan tindakan pemimpin Umno Labuan yang berebutkan jawatan sehingga sanggup menggadaikan penduduk kampung untuk kepentingan peribadi mereka.

Katanya, beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti Umno, tetapi beliau kesal penduduk kampung yang sebelum ini hidup dalam satu rumpun yang harmoni menjadi mangsa perpecahan.

Ha..ha..ha.. kah ! kah! kah! macam budak-budak sekolah UMNO ni, macam tak tahu nak handle meeting pula...memalukan..yang menghairankan penduduk-penduduk dekat Labuan ni bukannya orang MELAYU..tak caya tengok I.C mereka..ada yang tulis KadazanDusun..ada yang Melayu Brunei, Bajau, Bugis, Melanau dan lain-lain Bumiputera lah. Nak cakap mereka kaum MELAYU tak pula tercatat dalam I.C. Masing-masing nak isi tengkolok sendiri je lah tu.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Rezz said...

Pembetulan. Majoriti penduduk Labuan adalah orang Melayu dari keturunan Brunei-Kedayan. Adalah tidak tepat mengatakan penduduk Labuan bukan Melayu kerana Labuan secara tradisinya adalah sebahagian Kesultanan Melayu Brunei hingga tahun 1846.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com