8.02.2008

Marilah Tajol Rosli, bersama kita bangunkan Perak

. 8.02.2008


MB Perak pelawa Tajol sertai Pakatan Rakyat
Wan Nordin dan Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Thu | Jul 31, 08 | 11:47:46 pm MYT

IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mempelawa Pengerusi Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau membuat pelawaan itu sebagai respons balas kepada pelawaan Tajol Rosli yang mengajak Nizar menyertai kerajaan yang kononnya boleh dibina jika PAS dan Umno bekerjasama.

Tajol juga menawarkan kedudukan sebagai Menteri Besar kepada Nizar, sedangkan kata Nizar beliau telah menjawat jawatan itu bersama Pakatan Rakyat.

Namun, Nizar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Perak, menolak tawaran Tajol yang disifatkan sebagai 'senda gurau'.

"Terima kasih atas tawaran itu, saya juga nak buat tawaran kepada dia setelah PAS Pusat menolak tawaran kerjasama dengan Umno, sebagai Menteri eloklah saya buat tawaran kepada Tajol dan rakan-rakan untuk menyertai kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak dekat sini petang Khamis, 31 Julai.

Terdahulu beliau telah bertemu dengan Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria selama sejam dan kemudian bertemu dengan kakitangan Jabatan Agama Islam Perak.

Turut serta dalam pertemuan dengan jabatan tersebut ialah, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato' Jamry Sury; Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir Masduki dan Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim.

Mengulas lanjut isu pelawaan tersebut, Nizar berkata, Tajol dan rakan-rakannya dari Umno dan Barisan Nasional boleh menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berpendirian PAS Perak dari awal lagi menolak kerjasama dengan ImageUmno, sebaliknya konsisten akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Malah kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di Perak telah diperkenan Sultan Perak selain mereka telah bersetia untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa pula menyatakan kerjasama antara Pakatan Rakyat di Perak semakin baik sejak isu muzakarah Umno-PAS dimanipulasi media.

Malah katanya, di peringkat pemuda kesemua parti dalam Pakatan Rakyat akan mengadakan 'road show' untuk menjelaskan pendirian mereka bersama pakatan.

Sebenarnya isu kerjasama Umno-PAS seolah tidak timbul di Perak kerana rakyat kini lebih yakin dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat./wann _


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com