8.14.2008

Warisan melayu-didedikasi untuk mahasiswa UITM

. 8.14.2008


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah mengalir keringat
Bumi dipijak milik orang

[Bukannya anak kecil yang main api tapi bapak budak yang main, tak tau dek untung. Bapak budak Melayu pula tu yang bakar, mana bapak budak tahu hati anak-anak Melayu ni sepi, kosong atau tidak. Bapak budak ni cuma tahu isi tengkolok anak bini dia saje..dah kenyang, baki yang basi dan lemau lempar kat anak-anak Melayu ni. nah !!! sekarang sapa yang makan..sapa yang jilat. 50 tahun punya khazanah tinggal kulit je yang dapat..masyallah]

[Air mata darah mengalir keringat, buat penat je Tok Janggut, Mat Kilau dan pejuang-pejuang bangsa mempertahankan bumi ni dari penjajah jahanam, darah gugur ke bumi anak cucu cicit buat onar dijajah pula dalam bentuk lain. Al-fatihah untuk mereka. Bumi dipijak milik orang..tau tak pe! dah lama dah bumi ni kena jajah dek orang, bukan makhluk asing, orang asing tapi orang Melayu sendiri..tebal muka nak cerita, hentam saje lah. Jajah tang mana, semua sekali dari hujung Pengerang hingga ke Bukit Kayu Hitam, dari Simpang Mengayau hingga ke Serikin. Apa yang dijajah, la tak lain tak bukan hidup kita la orang Melayu, tak tengok ke atau buat-buat tak perasan. Artis disanjung dahsyat sungguh, politik bertempur, orang Melayu juga, Cina, India ada juga tapi cool je. Ulama dicaci, dikeji, mahasiswa dicucuk hidung, anak gadis Melayu dilayukan, anak muda Melayu dirempit, semua dilalaikan. Sapa yang bertanggungjawab..mak bapak, diri sendiri atau kerajaan Melayu yang ada ni]

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

[Dulu memang dah kaya..dek kerana kaya sangat tu lah, habih lupa dunia akhirat. Sekarang pun dah ada yang tergadai..Singapore dah keluar, kemudian Brunei ikut, baru ni Batu Putih ikut, lepas ni apa lak..Pulau Pisang atau Wilayah Iskandar..silap..silap Sabah pun ikut keluar, Sultan Sulu tuntut haknya.]

[Tak ada cinta yang kekal kecuali cinta kepada Allah, semuanya tersembam ke bumi, masuk liang lahad juga. Apa yang tinggal, itulah anak cucu cicit kita dapat. Baik yang kita tinggal baik yang mereka dapat, buruk kita tinggal, siaplah..nanti depa kencing kat kubur kita..mana tahu]

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

[Ye la..bumi Melayu ni indah, dulunya Persekutuan Tanah Melayu la ni bumi Malaysia, mana Melayunya..warisan yang ada habis dikorek, digali kemudian dijual ke orang putih. Anak cucu tak lahir lagi masa tu, diangkut penjajah, bangsa lain kononnya nak majukan bumi ni. Ye la mula-mula, la ni Melayu yang merempat. Bangsa lain yang maju. Sebab apa, sebab mereka beringat. Nenek moyang depa cakap susah payah dulu tapi untuk kesenangan anak cucu mereka. Lihatlah sekarang buktinya, ekonomi siapa pegang, tanah bumi Melayu (dulu le) sekarang sapa pegang.... ]

[Kita Melayu ni masih bangga dengan subsidi, kuota, insentif tapi tak sedar bangsa lain pun dapat sama. Jadi, apa bezanya Melayu ni..dah sama taraf tapi kita pulak yang mundur.. Apa cerita ni..terbalik kut!!]


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dan hilang

[Masa depan Allah yang tentukan, kalau ikut sekarang ni memaaang kelam tapi masih ada jalan keluar. Lima hari sekali kita jumpa Dia, tempat kita mengadu..insyallah, ada jalan tu..Benda yang dah lepas tu lepaskan lah..biar jadi sejarah. Nak ungkit pun ada yang dah mati, ada yang hidup tapi cakap pun tak guna. Wak asal balik hasil. Sejarah ni kalau baik alhamdullilah, orang sanjung dunia akhirat. Kalau buruk, anak cucu cicit akan tuntut sampai akhirat. Ye la, nak buat apa lagi. Maruah dah tergadai..nama Melayu dah terkubur dan ditalqinkan.]


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

[Apa lagi yang kita tinggal, kerana kuasalah kita berbalah, aku kata kau, kau kata aku. Bangsa lain ketawa kih kih kih, depa tinggal tu je biaq pi la ada line clear kita masuk...bangsa kita ni semakin me...layu. Siapa yang hancurkan. 50 tahun perintah Malaysia, kuasa aje yang tinggal. Mana pegi ekonomi Melayu, mana pegi bahasa Melayu, mana pegi tanah Melayu, mana pegi semua ini..dari zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah zaman gelap Pak Lah, hampeh..yang ada rosak Melayu dengan gejala rasuahnya, songlap, lari duit, rogol, zina, bunuh, kutuk mengutuk dan tah ape-ape lagi..tu pun ada yang tak malu, tunjuk muka nak pimpin rakyat konon, diterima pulak oleh golongan ni *&#@?]


[Bangsa Melayu hampir pupus dek zaman, baca ni [link]. Lama mana boleh pertahankan, 1 tahun, 2 tahun, 50 tahun, 1000 tahun boleh ke!! Satu cara je kita boleh bertahan dalam dunia melayu, boleh bersatu, boleh bekerjasama yakni bersatu dalam Islam. Kita ucap kalimah syahadah yang satu "Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi Nabi Muhammad itu PersuruhNya". Susah sangat ke, Tok Guru cakap gitu semua senyap maknenya setujulah tu..baru buleh pulih harga diri. Dah ternoda boleh taubat, nak terima atau tidak, itu Allah punya kerja.] Kita ni masih ada harga diri lagi ke...

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

[Tahu pun kita dah tiada masa..dah lama dah..kalau ikut Tun Mahathir pada zaman dia la. Maju dengan Maha Perkasa, siapa yang perkasa kat sini, UMNO ke PKR ke PAS ke, Pak Lah ke..atau Tok Najib tu ke...Allah Yang Maha Agung, bila kita semua kesampingkan Nya..terimalah balasannya. Apa nak cakap lagi, berbalah sana berdengki sini, itu balasan dariNyer la. Tidor malam dah kena ulit dengan bini tak ingat nak takafur dulu, ingat kejadian dan balasan Allah atas apa yang kita buat hari ni]

[Jangan sebut pasal Melayu lagi, perlembagaan yang menyebut Melayu itu Islam, Islam itu Melayu, kita yang buat, boleh diubah-ubah bah itu. habis kalau tak nak cakap pasal Melayu apa yang kita ada, la kalau dah Melayu tu Islam.. Islam lah yang kita ada, bengap betul la. Kita berdiri bergandingan tangan, bersatu hati, atas satu kalimah yang sama yakni...tengok dan baca bawah ni ]...susah nak bagi paham Melayu ni.



Prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya.Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera - Tuan Guru Nik Aziz


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

1 comments:

Anonymous said...

bagus ulasan tu....harga diri apa yang ada kalau dah jadi macam sAYFOOL..melayu jahiliyyah..lebih teruk dari pariah ...

lirik tu tak beri makna....ini untuk indoctrinate black box budak melayu..dari melayu Ameno.suruh la belajar berniaga...bersaing..ni nak tanam hasad...ana pun nanyikan dulu..bila dah berumur..dah celik..kita patut diajar cara lain..bebas kewangan contohnya....berniaga...bukan diajar jadi 'worker'......IPTA & IPTS ni masih tak cerdik!!!

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com