RESOLUSI PERHIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI PERAK
05 JAMADIL AWAL 1430/30 APRIL 2009
1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.
2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORUNDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.
3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.
4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.
5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.
6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.
Tuan Rumah; Laporan selanjut perhimpunan tersebut ada di laman web Ustaz Misbahul Munir kat [Takbir]
4.30.2009
[+/-] |
Resolusi Pernyataan Ketua-Ketua Kampong Perak |
[+/-] |
Kotobian tadau kaamatan 2009, buli bah kalau kau !! |
Bulan Mei, satu bulan yang paling istimewa buat para penduduk Sabah terutama kaum Kadazandusun kerna bulan ini satu perayaan menyambut Tadau Kaamatan. Pelancaran kali ini akan diadakan di Daerah Papar. Seperti biasa kemuncak dan penutup akan diadakan di KDCA pada 30 dan 31 May. Wawawa...hari ini diistihar sebagai cuti umum bagi Negeri Sabah. Yahoooo..bestnyerrr cuti lagi. Alamak.. bila check dlm kalender hari tu memang cuti Sabtu dan Ahad lerrr, sedihnya.
Woittt, aku tak suruh hangpa jeling kat awek ni lama-lama, memang orang Sabah tapi aku pun tak kenal hahaha !! btw, layan dulu lagu ni.....
Aku akan cerita lebih lanjut minggu depan coz akan ada pameran kebudayaan masyarakat Sabah di muzium negeri nanti (4hb hingga 11hb May ini) so aku nak mendalami hikayat kehidupan masyarakat Sabah, kat sana la aku tuju.
Tuan Rumah; 4 tahun dah kerja kat sini, rasa maleh nak balik lak kat Semenanjung tu !
[+/-] |
Mengapa culas membayar Cukai Pendapatan, hari terakhir.... |
Nak tahu 26 cara elakkan pembayaran cukai pendapatan, sila klik sini [Elak Cukai]. Kaunter LHDN akan dilanjutkan di [sini].
Artikel ini datangnya dari Saudara Mohd Lutfi Othman.
30 April, Khamis adalah hari terakhir menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2008 dan kemudiannya membayar sejumlah wang selepas pengiraan tertentu kepada negara. Melalui media, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memberi penerangan secukupnya, termasuk iklan TV, tentang keperluan setiap warganegara yang layak membayar cukai pendapatan untuk berbuat demikian tepat pada masanya.
Denda tidak serah borang
Saya sendiri pernah didenda ekoran tidak prihatin untuk mengisi borang taksiran kerana merasakan belum layak membayar cukai. Sehubungan itu, banyak juga wang yang terpaksa dilunasi, walaupun dibenarkan secara berjadual, hanya kerana kecuaian menyerahkan borang taksiran.
Walaupun diuar-uarkan wang pembayar cukai merupakan antara hasil terbesar pendapatan negara, dan akan dibelanjakan untuk pembangunan bagi kesejahteraan semua, namun realitinya, hasil titik peluh rakyat itu gagal diuruskan dengan berhemat dan beramanah.
Bayangkan, bagaimana sakit hatinya pembayar cukai - yang sebahagiannya terpaksa mengikat perut untuk menjelaskan tepat pada masanya - apabila melihat atau mengetahui dana awam dibazirkan untuk tujuan-tujuan tidak berfaedah, malah lebih teruk lagi seolah-olah diagihkan sesama kroni bagaikan sekumpulan penyamun membahagikan wang rompakan.
Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan apa jua istilah yang semaksud dengannya seperti tidak dapat disekat lagi walaupun BPR sudah bertukar menjadi SPRM, perdana menteri beralih tangan sambil menjanjikan usaha memerangi salahguna kuasa akan dipergiatkan sampai ke lubang cacing.
Mungkin sebab itu, bertambah ramai masyarakat kelas menengah, yang tentunya terdiri daripada pembayar cukai, tidak dapat lagi menyembunyikan rasa amarah terhadap pemerintah apabila wang poket mereka bagai dirompak di tengah jalan pada siang hari. Jalan mudah bertindak, seperti pernah dinasihati Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, adalah dengan menggunakan peti undi semasa hari pilihan raya.
Dana awam dirompak
Sepanjang 20 tahun menjadi wartawan, saya melihat sendiri dana awam disalahgunakan secara sewenang-wenangnya, dengan jumlah yang cukup besar. Melalui prosedur yang sah, wang pembayar cukai yang dicurahkan kepada projek-projek pembangunan 'dihanguskan' tanpa segan silu.
Nilai projek, misalnya membekal dan memasang paip air di Selangor, yang sepatutnya tidak melebihi RM40 juta, dengan mudah ditingkatkan kosnya menghampiri RM100 juta. Kos jalan merentasi sawah di Tanjong Karang - yang tidak diketahui mengapa ia perlu dibina, dan diberikan kepada kontraktor yang disenarai-hitamkan - bernilai lebih RM93 juta sedangkan taksiran sebenar sepatutnya tidak melebihi RM50 juta pun.
Begitu juga dengan projek mengecat dan mengindahkan sebuah sekolah, yang subkontraktornya hanya diperuntukan RM120,000 tetapi nilai sebenar melebihi RM200,000. Saya tidak bercakap tentang sebuah sekolah tetapi ia melibatkan ratusan sekolah di seluruh negara. Projek membina sebuah istana, kos awalnya melebihi RM1,100 juta tetapi selepas didedahkan oleh Harakah, boleh pula diturunkan kepada sekitar RM600 juta.
Laporan Ketua Audit
Kita juga belum lupa Laporan Ketua Audit Negara 2006, antara lain mendedahkan bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
Belum lagi diambil kira kos membina enam kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, ketika Dato' Seri Najib Menteri Pertahanan yang pada awalnya bernilai RM5.35 bilion, ditambah kepada RM6.75 bilion tanpa sebarang justifikasi. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan RM943.46 juta kepada kontraktor disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kontraktor yang dipilih juga didapati tidak layak!
Rasanya tidak perlu kita dibebankan dengan lebih banyak fakta. Ia sudah cukup untuk membuktikan wang pembayar cukai tidak diuruskan dengan cermat, sebaliknya dieksploit untuk memperkayakan diri dan suku-sakat. Hatta wang yang diguna untuk kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jalan raya juga dibazirkan dengan cara yang langsung tidak bertanggungjawab. Justeru, bila tiba waktu membayar cukai, ia terpaksa dilunasi dengan begitu berat hati.
Perlunya media bebas
Oleh itu, saya sentiasa menekankan agar media kita bebas untuk melaporkan segala kepincangan kerajaan terutama dalam menguruskan dana awam. Agensi pencegah rasuah mestidiperkasa dan bergerak independen tanpa kongkongan pemerintah, khususnya Perdana Menteri. Undang-undang antikorupsi harus mampu mencegah amalan rasuah yang kini semakin sofistikated. Penubuhan Ombudsman yang menyiasat pengaduan awam harus disegerakan.
Ketua Audit Negara pula mesti dilengkapkan dengan kemudahan yang mencukupi dan sumber kewangan bebas agar ia tidak menjadi seperti "pencuri memilih anjing penjaga". Jawatan itu mesti disandang oleh tokoh berintegriti tinggi dan bertanggungjawab dengan Parlimen. Selain itu, pendedahan harus disusuli tindakan perlu termasuk membawa ke muka pengadilan. Barulah nanti rakyat ikhlas membayar cukai ... _
[+/-] |
Bakal terhangat dipasaran; PEWARIS vs GMI |
Pewaris sahut cabaran GMI debat 'halal-haram ISA'
Abdul Rahim Sabri | Apr 30, 09 1:14pm | Malaysiakini
Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), penyokong kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk berdebat tentang halal-haram akta kontroversi tersebut.
Bagaimanapun NGO Melayu itu mencadangkan perbahasan berkenaan diadakan secara langsung di sebuah stesen radio, bukannya di dewan orang ramai seperti saranan NGO penentang ISA itu.
Keputusan PEWARIS dicapai dalam satu mesyuarat jawatankuasanya semalam, kata timbalan presidennya Rahimuddin Md Harun kepada Malaysiakini hari ini.
PEWARIS juga mencadangkan format pertemuan itu berlangsung sebagai "perbincangan" dan bukannya "perdebatan" yang mengutamakan kalah-menang pembicaranya.
"Tukar (debat) kepada perbincangan. Kita nak perbincangan, bukannya populariti," kata Rahimuddin.
"(Perbincangan) ia lebih kepada menghuraikan kekusutan pemahaman, apa yang kita faham (tentang akta tersebut) dan apa yang GMI faham."
"Kita bukan nak cari kemenangan," tambahnya.
Isnin lalu, GMI mencabar PEWARIS untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut pada 9 Mei dengan cadangan tajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' yang dijadualkan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.
Katanya, PEWARIS dicabar untuk mempertahankan ISA ekoran dakwaannya bahawa akta kontroversi itu "diperlukan untuk mempertahankan Islam".
PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.
Ditanya mengenai perbincangan tersebut dalam siaran Radio 24, milik agensi berita Bernama, bukannya di tempat yang telah dicadangkan GMI, Rahimuddin berkata, perbincangan melalui radio "lebih sesuai" untuk membolehkan rakyat mengetahui dengan lebih jelas.
"Biar (rakyat) satu Malaysia boleh dengar," katanya.
Ditanya mengenai tajuk yang dicadangkan oleh GMI, beliau berkata, pihaknya menerima tajuk tersebut.
Ditanya mengenai tarikh dan masa yang telah ditetapkan, beliau berkata, ia terpulang kepada persetujuan stesen radio yang telah dimaklumkan oleh PEWARIS semalam.
"Saya berharap, agar GMI dapat menerima perubahan ini," katanya.
[+/-] |
Kenyataan Media dari NGO Pembela Islam (PEMBELA) |
Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi.
Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini. Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama. PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak.
Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan Negara.
Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.
[+/-] |
NGO Perak bersuara MB KUDETA pekakkan telinga |
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker DUN, V. Sivakumar.
Kerajaan kudeta pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang DUN terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi.
Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir 16 Mei 2009. Jika tidak bersidang, maka secara automatis DUN Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.
Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar adalah antara kes yang tersangat relevan.
Jika perlantikan Dr Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Dr Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Dr Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah.
Semua ini akan menjadi "precedent" (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat.
Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Dr Zambry menyaman Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Dr Zambry.
Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind Singh. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya.
Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Sivakumar masih berkuasa dalam DUN.
Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.
Datuk Seri Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Datuk Seri Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan Speaker, manakala Dr Zambry dan Adun BN di sebelah kiri Speaker.
Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan Speaker.
Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk Adun-Adun.
Dr Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Datuk Seri Nizar. Namun Datuk Seri Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada Speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai.
Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh Speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.
Dijangkakan, Speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Datuk Seri Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Dr Zambry akan menentang keras.
Apakah agenda persidangan? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan Speaker?
Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Dr Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Datuk Seri Nizar telah tidak menerima mandat DUN.
Namun sebelum Dr Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Dr Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Nizar.
Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Datuk Seri Nizar akhirnya.
Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Dr Zambry, Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh Speaker.
Tuan Rumah;Artikel dari Muslimeen United, selamat berfikir...
[+/-] |
Speaker Perak vs Speaker Melaka |
Cambah Minda
1. Rakyat pelik dan hairan tentang helah kebudak-budakan yang digunakan oleh UMNO untuk menghadapi PR. Tindakan UMNO tidak langsung menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti tertua, matang dan berkuasa di Malaysia.
2. Rakyat telah jemu dan bosan dengan kerenah pemimpin UMNO. UMNO lebih banyak sembang politik daripada membantu menyelesaikan masalah Melayu. UMNO menyalahkan Melayu sekiranya Melayu bermasalah. Melayu miskin kerana malas. Melayu hilang kerja dan kehabisan wang, Melayu juga dipersalahkan kerana tidak menabung semasa bekerja.
Gantung Hadir Sidang Dewan
1. Speaker Sivakumar telah menggantung bergaji tujuh ADUN UMNO di Perak antara 12 bulan hingga 18 bulan kerana bertindak merampas kuasa. Setelah tujuh ADUN ini membawa kes mereka ke mahkamah, mahkamah telah mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan.
2. Speaker Pandikar Amin pula telah menggantung Govind Deo selama 12 bulan tanpa gaji kerana tindakan beraninya meminta Najib membersihkan nama secara perundangan akan tuduhan Liberation yang mengatakan bahawa Najib bersubahat membunuh Altantuya. Govind Deo telah memfailkan permohonan di mahkamah meminta mahkamah membatalkan penggantungan ke atasnya. Apakah mahkamah akan membatalkan penggantungan ke atas Govind Deo?
Cadangan Usul Di Dewan
1. Speaker Melaka telah menolak usul undi tidak percaya terhadap KM Melaka. Speaker berkuasa menerima atau menolak sebarang usul yang dibawa ke dewan. Hanya speaker sahaja yang boleh memanggil Sidang Dewan.
2. Setiausaha DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker lebih berkuasa dan begitu yakin menghantar Notis Usul Memecat Speaker tanpa melalui speakernya. SU ini juga yang telah menghantar notis Sidang Dewan tanpa pengetahuan speaker.
Rumusan
1. Amalan politik ‘double standard’ di Malaysia telah berjaya dibuktikan. Speaker UMNO mempunyai perisai undang-undang tambahan, manakala speaker PR kelihatan begitu sukar dilindungi oleh undang-undang. Speaker UMNO sentiasa betul dan speaker PR sentiasa salah walaupun tindakan dan keputusan mereka adalah sama.
2. Alhamdulillah kerana semakin ramai rakyat telah mampu menggunakan minda kurniaan Allah untuk berfikir tentang penganiyaan politik perkauman di negara ini. UMNO tidak membenarkan kemesraan antara kaum wujud di negara ini. Bahkan UMNO amat berbangga melanggar perlembagaan negara atas nama Melayu. Melayu tidak tertakluk dengan perlembagaan. Hebatnya UMNO mengangkat martabat Melayu.
3. UMNO telah memalukan Melayu.
Tuan Rumah; Sarapan pagi ni, copy n paste dari Dango Mamamat
4.29.2009
[+/-] |
Raja zalim disanggah Raja Adil Raja Disembah |
1. PESURUHJAYA Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali telah mengeluarkan arahan kepada semua pimpinan PAS di peringkat negeri dan kawasan supaya menganjurkan solat hajat serta bermunajat kepada Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Baginda akan menjalani pembedahan di salah sebuah hospital terkemuka di Amerika Syarikat.
2. Solat hajat perdana akan diadakan disetiap kawasan sementara ahli dan penyokong PAS diminta melakukan solat yang sama disepanjang Baginda menjalani pembedahan dan seterusnya dalam proses penyembuhan supaya segera sembuh dan kembali memayungi rakyat Negeri Selangor dengan penuh kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan.
3. Ahli dan penyokong PAS sentiasa mendoakan agar Baginda Tuanku menjalani proses rawatan dengan penuh ketabahan dan sentiasa mengharapkan redha Allah SWT.
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR
Tuan Rumah; Beginilah kalau Raja yang Adil dan Saksama, Raja Zalim dan yang menentang kehendak rakyat, semakin jauh, semakin dipandang sepi oleh rakyat ! Daulat Tuanku !!!
[+/-] |
Penanti; Penantian suatu penyiksaan buat UMNO |
Rabu April 29, 2009 DUN Penanti: Umno putuskan esok Oleh ARIFUDDIN ISHAK; PETALING JAYA: Keputusan sama ada Umno akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan dijangka diputuskan esok.
Biro Politik Umno bermesyuarat petang esok.
Mesyuarat tersebut dijadual dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya pukul 5 petang.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut.
"Ya, esok Biro Politik akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada BN (Barisan Nasional) yang diwakili Umno akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Penanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.
Maklumat yang diperoleh daripada lawan web Umno juga memberitahu mesyuarat berkenaan akan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Selain itu mesyuarat tersebut juga bakal dihadiri oleh ketua pergerakan sayap-sayap parti, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Setiausa Kerja serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri.
Antara perkara lain yang dijangka akan turut dibincangkan ialah mengenai situasi politik semasa.
Kelmarin, Muhyiddin berkata, keputusan sama ada BN akan bertanding pada pilihan raya kecil Penanti akan ditentukan oleh Najib.
Muhyiddin berkata, Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan Biro Politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya.
Semalam, PKR mengumumkan nama bakal calonnya, Mansor Othman iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang.
Selain Mansor, kerusi itu dijangka akan turut ditanding bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah.
[+/-] |
FAQ ; Bahasa sopan ! Khinzir selsema, bagaimana nak cegahnya !! |
1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.
Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:
Jika anda batuk atau bersin:
Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
Tuan Rumah;Yang paling penting, elakkan dari memakan pelbagai jenis spesis babi !
[+/-] |
AL-FAATIHAH..Seruan alBanjari - Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah. |
Wak menerusi blog ini menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah, di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara islam ku, buat anak2 yang telah pergi, Al-Fatihah..
Musibah Pilu@Bukit Gantang :Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
Al-Fatihah untuk anak-anak beliau, tabahkan hati, mereka menanti dipintu syurga menyambut kalian kelak..
[+/-] |
Sdr Mansor Othman Sebagai Calon PKR di Penanti |
– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009
(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.
Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.
Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM
————————————————————————————
– PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —
28 April 2009
(Permatang Pauh, Penang) In the aftermath of the March 2008 political tsunami Malaysians have gone back to the polls five times. In four elections they have voted overwhelmingly in favour of Pakatan Rakyat and in the fifth, but for the influence of money politics and electoral fraud, demonstrated a growing preference for change and for a new style of politics.
The message is clear. The Malaysian people are eager to turn the page on Umno-led BN rule. They have embraced Pakatan Rakyat’s message of unity and are inspired by our commitment to eradicating corruption and addressing the needs of the poor and marginalized, particularly among the Malays and bumiputeras of Sabah and Sarawak.
I am pleased to announce KEADILAN’s candidate for the May 31st by election for the State seat of Penanti in Penang. En. Mansor bin Othman is KEADILAN’s Division Chief for Balik Pulau and Deputy State Chief of KEADILAN Penang. He has served on KEADILAN’s Supreme Council for over ten years and also served as the national Deputy Director of Elections. In addition, he served me honorably and with distinction as Political Secretary to the Deputy Prime Minister of Malaysia from 1996-1998.
Mansor has contributed immensely to the development of Penang and is ready to serve the people of Penanti from day one in office.
He earned a masters degree from USM and a Masters in Arts and a Masters of Philosophy from Yale University. He was an associate professor at USM and was also the Director of the Center for Policy Research.
Having served in the Committee for Community Education and the Committee for Youth Development Programs, he has contributed to improving both education and youth programs in Penang. As an Exco member of PEMADAM Penang, he worked tirelessly to raise awareness about drug abuse and the prevention of drug addiction. Mansor was also actively involved in the development of bumiputera entrepreneurs, notably through his role with TEKUN, a program designed to improve skills of businessmen in small and medium enterprises by providing them with microcredit facilities.
I would like to thank CM Lim Guan Eng immensely for joining us tonight and for his continued support of the Pakatan agenda. On behalf of KEADILAN I look forward to continued cooperation with DAP and PAS in the coming election. Their contributions have been instrumental in the previous by-election victories and have demonstrated the growing strength and cohesiveness of this coalition.
ANWAR IBRAHIM
4.27.2009
[+/-] |
Demi Allah, sesungguhnya kita memang tidak cukup masa |
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)<> 70th jadi 60th - 70th dikatakan purata (65th)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam=
12 jam siang hari=
12 jam malam hari=
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...
[+/-] |
Kaki ampu+bodek buat peraduan cipta lagu 1malaysia |
Tugas seterusnya Dr Rais Yatim selepas selesai mengubah kembali waktu siaran perdana warta berita ke siaran asal ialah mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh perdana menteri.
Kelakarlah... dulu masa Chedet, kita gubah lagu "Bersih Cekap Amanah", buat lagu "Wawasan2020" dan lain-lain lagi la.. kemudian naik pulak PakLah, hehehe kita buat lagu "Cemerlang Gemilang Terbilang", pusing sikit jadi "Cemerlang Terbilang Temberang" la ni naik Menteri baru, Dr. Rais nak cipta lagi lagu bertemakan "1malaysia". nak bodek la kununnya.. Yang lagu sebelum ini dah tercapai ke motifnya !! hahaha
Selepas ni semua guru-guru kena ajar anak murid, 1st guru kena hafal dulu then anak murid pula hafal. Anak murid balik rumah suruh mak ayah hafal, mak ayah pegi keja nyanyi dekat office suruh staff lain dan majikan nyanyikan.. kakaka memang Dr. Rais ni "salesman lagu". berdengung dengangla lagu ni akan berkumandang kat corong TV dan Radio, pasti ada yang termuntah dengar kelak !!
Aku bisik-bisik ni.. Korang tak yah la masuk peraduan tu, semestinya, sepasti-pastinya, sekonpim-konpimnya.. Namewee yang nyanyi lagu Negarakuku tu akan menang, jangan haraplah !!!
Tuan Rumah; Bagi yang berminat, sila hubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Untuk perhatian; Datuk Seri Dr Rais Yatim. Ini je kerja yang depa boleh buat.... masyaallah ! cara ni nak didik anak-anak kecil.. astagfirullahalngazim !!! innalillahiwainnailaihirojiun.. kerajaan la ni..[Malaysiakini]
[+/-] |
Berita terkini, politik makin sensasi |
PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.
"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.
"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.
Mohammad Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau. Laporan dari [Bernama] dan [Malaysiakini]
[+/-] |
Tayangan larut malam.... menginsafkan. |
Tiada sepatah kata untuk dihuraikan, hanya bermakna bagi mereka yang menghayati videoklip ini hingga akhirnya.
Tuan Rumah; Teringat akan artikel dari al-anjari mengenai kisah tiga beradik yang meninggal dunia akan kebakaran di Bukit Gantang baru-baru ini. Kisah menyedihkan di [sini]. Memang menyedihkan.
4.26.2009
[+/-] |
Seruan kpd pencinta Islam, Penegak keadilan dalam Islam !! |
Program Edar Risalah Kesedaran Menjauhkan Diri Dari Maksiat
Tarikh : 26 April 2009
Masa : 6 Petang
Tempat : Pintu Masuk Utama Ke kem TLDM (Pintu masuk melalui Teluk Muroh)-(Berhimpun di Masjid Teluk Muroh)
Anjuran : Badan Bertindak Bantah Konsert Jom Heboh Dppkl
Sekalian umat Islam khususnya pemuda-pemuda diseru supaya turun beramai-ramai bagi menyatakan sikap kita terhadap program Konsert Jom Heboh yang nyata boleh menjerumuskan muda-mudi ke lembah maksiat dan pergaulan bebas.Ini sekali gus melanggar batas-batas akhlak yang dianjurkan agama.
Matlamat kita ialah untuk menyedarkan para pengunjung akan bahayanya menghadiri program yang dilarang agama.
Tugas kita ialah untuk menyelamatkan bangsa yang seakidah dengan kita.
Kepada Allah jualah kita menyerahkan segala-galanya.[Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut]
Doa Qunut Nazilah selanjutnya. Sila baca selepas solat Asar, maghrib, Isyak dan Subuh termasuk solat sunat malam agar diturunkan malapetaka buat pemimpin yang cuba menegakkan maksiat dibumi Perak termasuk pemimpin yang dikatakan mengetuai agama Islam dibumi tercinta ini...Allahuakhbar !!
Tuan Rumah; Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).
Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.
Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.
Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :
Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil
qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka
Artinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"
4.25.2009
[+/-] |
Penting; Tarikh luput 30.04.2009, bertindak segera... |
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada negara. Ini adalah nasihat dari saya sebagai sebahagian dari khidmat masyarakat serta ingat memperingati sesama kita terutama geng-geng blogger samada blogger politik, ilmiah, hiburan, pelajar, it dan rakan-rakan lainlah..
Rasa-rasa kalau taknak kena tangkap, better hantar borang BE2008 dengan segera. Nanti line berukband jadi jem.. kakaka tension, aku dah kena tahun lepas ni.
Kalau korang nak tahu cara-cara yang sah untuk elakkan cukai pendapatan, cara dia ada kat bawah. Jangan risau cuba trik ni, Lembaga Hasil takkan mare coz cara ni halal dan sah disisi undang-undang negara. Jangan lupa sila baca selanjutnya.
Untuk lihat slide penuh, sila klik [sini..]
Tuan Rumah; Opsss lupa lak ni la laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.
[+/-] |
Rinduku pada ketegasan Mufti Perak yang "dahulu".... |
.. Suatu ketika dahulu ...beberapa tahun yang lepas....
Mufti kata haram, TV3 teruskan Jom Heboh04-05-2007 05:30:38 PM Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Program karnival dan konsert Jom Heboh anjuran TV3 yang difatwakan haram oleh Mufti Perak akan tetap diadakan mengikut jadual bermula esok.
Pegawai di jabatan komunikasi korporat stesen televisyen itu, Yusnita Mad Jalani berkata program bulanan itu diteruskan memandangkan segala persiapan telah diatur untuk diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh. "Program ini tetap 'on'. Malah, kami baru sahaja menghantar krew di dalam tiga buah bas untuk menjayakan program itu," kata Yusnita kepada mStar Online, sewaktu diminta mengulas kenyataan terbaru mufti tersebut.
Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini menegaskan kembali pendiriannya sejak beberapa tahun bahawa karnival tersebut, yang memuatkan konsert hiburan, tetap haram di sisi Islam.
Harussani berkata pesta jualan sambil berhibur itu, walaupun ditukar namanya sekarang daripada Sure Heboh, boleh "membawa kesan buruk kepada orang Melayu", lapor agensi berita Bernama.
"Benda yang haram tetap haram. Saya sudah membantah pada awal-awal lagi sebelum ia datang ke Perak," beliau dipetik sebagai berkata. Pada 30 Julai 2004, Harussani membuat kenyataan bahawa Majlis Mufti-mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert tersebut hukumnya haram dengan alasan ia melalaikan umat Islam dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.
Karnival dua hari itu antara lain menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan juga Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim sebagai jemputan di set rancangan tersebut.
Ia juga dijadualkan mementaskan persembahan beberapa orang penyanyi terkenal, antaranya Misha Omar, Adibah Noor dan Hattan.
Acara :Hari Terbuka Armada Bersama Jom Heboh dan TV3 Navy Special
Tarikh :25 dan 26 Apr 09(Sabtu & Ahad)
Lokasi :Jeti Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :PTL
Program maksiat yang akan diadakan antaranya dalam kategori HIBURAN DAN RIADAH :
:: Konsert Gelombang Biru di tapak Jom Heboh TV3
:: Senamrobik
:: Konsert TV9
:: Konsert Jom Heboh TV3
:: Jemputan artis & personaliti dari Media Prima Sdn Bhd
:: Boat Ride
:: Kereta api kanak-kanak
:: Cabutan bertuah dan teka kacang
:: Kugiran di beberapa kapal besar
:: Human Balloon
Tuanrumah: ..... sedang berdukachita kerna akan adakah lagi ketegasan mufti Perak yang lantang bersuara menegakkan akidah Islam dibumi Perak ini.. his his sedhihnya.
4.24.2009
[+/-] |
Dua tokoh akan tunjukkan kejantanan mereka ! nantikan... |
Zaid sahut cabaran Rais berdebat
Apr 24, 09 5:11pm [Malaysiakini]
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.
"Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.
"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam [Malaysiakini] sebelum itu.....
Apr 24, 09 3:10pm
Mengenai Datuk Zaid Ibrahim yang sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Najib, Rais berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.
"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," katanya.
Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.
Tuanrumah ; Hebat Zaid Ibrahim ni, Rais baru pagi ajak debat petang dah bagi jawapan sanggup, pasti hebat debat ni, antara jadi atau tidak, nantikan berita selanjutnya...
[+/-] |
1Malaysia; Menteri Kabinet letaknya lebih tinggi dari Mufti |
Beginilah jadinya bila konsep 1malaysia diperkenalkan oleh Najib, mufti-mufti diketepikan, ustaz-ustaz dipinggirkan, menteri kabinet islam dinaiktaraf. Selamat datang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Dr S Subramaniam; Sahibul Samahah Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dan Sahibul Samahah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Komen MCA bacalah kat sini ..[Bernama]. Antaranya "Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni. Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isu-isu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan.
Kekecewaan jelas terbayang kepada Mufti Perak yang lantang bersuara yang merujuk keputusan kabinet semalam, "anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti," kata Datuk Seri Harussani Zakaria.
"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.
Dalam pada itu, lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:
Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, ada dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.
Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.
Tuan Rumah; Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Citer selanjutnya ada kat [Bernama], [Malaysiakini], ulasan dari [YB Zul4Kulim]
[+/-] |
Salam kamunting; Adakah esok hari untuk UMNO ? |
Negara kita selepas merdeka, melalui sistem demokrasi barat, telah diterajui oleh pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Kini, ia telah mencapai umur lebih 50 tahun. Jika dikira umur sebuah tamadun, ia masih terlalu muda. Tetapi dalam sistem demokrasi hari ini yang memberi kuasa dan kebebasan kepada rakyat untuk melantik dan menukar parti yang memerintah, maka pemerintahan BN dikira sudah cukup tua.
Ia sudah lemah dan tak bermaya lagi.
Anda boleh melihat di dunia hari ini, dalam tempoh 50 tahun, negara - negara yang mengamalkan demokrasi telah mengalami pertukaran dan perubahan kerajaan lebih daripada sekali. Bermula di Amerika, England, India sehinggalah ke negara - negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Jepun, sesetengah perubahan yang berlaku adalah kerana faktor ketuaan yang mengakibatkan kelemahan dalam pemerintahan.
Kerana itu, pendapat ramai penganalisis politik negara yang melihat faktor UMNO dan BN yang telah mencapai umur tua sebagai petanda kejatuhan UMNO dan kerajaan BN bukanlah suatu telahan yang kosong atau sekadar analisis murahan.
Selepas UMNO dilihat memuncak di zaman Tun Mahathir, kemudian mula lemah di hujung pemerintahannya, ia berusaha untuk bangkit di zaman Pak Lah. Kejutan kebangkitan berlaku. Tetapi ia sekadar untuk beberapa tempoh yang pendek sekali. Ia sekadar panadol penahan sakit. Ia diasak oleh penyakit yang mula berakar di zaman Tun Mahathir. Pak Lah yang gagal sering dilihat dan dijadikan mangsa oleh UMNO dan Tun Mahathir sendiri seolah - olah beliau mampu membaiki dan membina kembali apa yang dulu diruntuhkannya sendiri.
Hari ini, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan UMNO dengan laungan perubahan menyeluruh dalam parti kebangsaan itu, ramai yang memberi harapan untuk kebangkitan UMNO kembali. Setiap presiden baru tuahnya pasti ada.
Untuk mengamati benar atau batilnya harapan itu, anda perlulah dahulu melihat dan memerhatikan benar atau batilnya dakwaan bahawa UMNO memang telah disumpah sunnah ‘tua’.
Saya cuba gariskan beberapa fenomena yang mungkin mencetus jawaban yang mujarab untuk memastikan kebenaran dakwaan bahawa UMNO telah tua dan tiada ubat untuknya lagi. Saya adalah anatara yang beriman dengan dakwaan ini.
1) Saya tiada jawaban untuk mengeluarkan UMNO daripada dimamah faktor yang telah menumbangkan rakan - rakannya daripada kalangan pemerintahan tua negara - negara jiran Malaysia. Satu - satunya negara terdekat yang masih selamat ialah Singapura. Adakah anda melihat UMNO sehebat parti pemerintah negara itu?
2) Saya tiada keyakinan langsung untuk mengatakan Datuk Seri Najib mampu membawa perubahan besar dalam UMNO. Pertama, beliau sendiri dipalit dakwaan buruk yang sukar dibersihkan. Mr dirty menggantikan Mr clean. Bolehkah saya meyakini bahawa pakaian kotor adalah lebih memikat berbanding pakaian bersih?
Kedua, UMNO terlalu memerlukan perubahan besar. Perubahan kecil - kecilan, singgul - singgulan, tempel - tempelan adalah membazirkan masa, wang dan harapan. Jiwa kecil Datuk Seri Najib tidak mungkin melakukan yang besar dalam pelan perubahan canangannya.
3) Rasuah adalah barah yang membunuh. Ia membunuh negara sebagaimana dadah membunuh manusia. Saya melihat pelan membasmi rasuah dalam UMNO lebih teruk daripada pelan membasmi dadah dalam negara. Jika UMNO sendiri membawa virus rasuah, bagaimana ia mampu menyelamatkan negara daripada rasuah?
Bagi saya, UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.
4) Saya tidak melihat pelapis dalam UMNO yang dikagumi. UMNO meninggalkan generasi lemah yang ditakuti masa depannya. Bapa yang meninggalkan anak - anak yang lemah pasti menyaksikan kematian keturunannya. Pertikaian dan kejayaan kumpulan yang dipalit rasuah dalam sayap pemuda UMNO baru - baru ini adalah menakutkan. Adakah anda mampu menyalahi saya di dalam tidak meletakkan harapan kepada generasi pelapis UMNO?
5) Rakyat telah dihidangkan dengan alternatif pemerintahan baru oleh Pakatan Rakyat. Bahkan, cara hidup tawaran Islam yang terbukti berjaya oleh PAS. Rakyat kini boleh menilai dan membezakan. Penutup mata telah dirungkai dan cahaya di hadapan sudah cukup terang.
Adakah anda boleh memberi keyakinan bahawa Kelantan adalah gagal? Anda perlu tahu bahawa tiada yang lebih berani menghukum kegagalan politik melebihi rakyat Kelantan. Mengapa mereka tidak menghukum PAS di Kelantan?
Lima fenomena yang saya sebutkan di atas cukup untuk menjadi sandaran di dalam menentukan kebenaran bahawa UMNO telah mencapai umur tua yang tidak akan menyaksikan kebangkitan lagi. Anda bolehlah merenung lama. Tiada cela berfikir lama untuk masa depan negara. Itu ibadah yang besar.
Ia adalah sebagaimana kata Maulana Abul Hasan Ali an Nadawi dalam komentarnya terhadap hikmah Ibnu Khaldun di atas, “ Justeru tiada lagi faedah di dalam menghabiskan masa dan tenaga untuk mengislah dan menguatkan negara ‘tua’ itu. Sayugia sekali disediakan satu kumpulan yang mampu melakukan inqilab Islami, lalu membentuk sebuah negara Islam yang baru di atas asas agama dan ilmu yang baru.” ( Rujuk kata pengantar oleh Sayyid Sabiq untuk buku ‘HujjatuLlah al Balighah’ oleh al Imam al Dahlawy )
Mengislah UMNO adalah membuang masa menghabis tenaga. Semoga rakyat tahu. Semoga rakyat berani berubah.
Tuan Rumah; Sebahagian petikan artikel dari Salam Kamunting (Rajin2lah jengok blog anak tokguru kalau nak baca artikel selanjutnya)
[+/-] |
PAS mesti bersedia menjadi pengganti UMNO |
Saya nak bagitau apa sebenarnya sebab ahli2 PAS rata-rata menolak idea "Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan”(Kerajaan Nasional). Ianya bukanlah sebab mereka benci pada Presiden PAS. Ahli2 PAS rata-rata masih sayang dan memberi ”baiaah” kepada Presiden PAS. Ramai yang sanggup mati untuk mempertahankan Presiden PAS.
Saya boleh simpulkan dua faktor utama yang membuat ahli PAS menolak terus idea kerajaan nasional atau perpaduan ini.
Faktor pertama adalah ”timing” kenyataan itu dibuat. Ianya dibuat beberapa minggu selepas kerajaan Perak dijatuhkan dengan cara yang amat hina sekali. Di kala itu perasaan benci pada UMNO berada di tahap maksima dan semua ahli PAS tidak mahu berada walau sedikit pun berdekatan dengan UMNO.
Tiba-tiba cadangan kerajaan perpaduan dibuat sewaktu kebencian ahli2 PAS kepada UMNO berada di kemuncak. Oleh sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menentang idea ”kerajaan perpaduan” ini dengan membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka. Ianya manifestasi kebencian serta kekecewaan ahli-ahli PAS kepada UMNO.
Juga, idea kerajaan perpaduan ini idea yang tidak berpijak di bumi nyata dan mustahil dapat dilaksanakan dalam konteks Malaysia kini. Jelas, Tuan Guru Presiden telah ditipu oleh penasihat-penasihat beliau. Kasihan Tuan Guru Presiden yang mempunyai penasihat yang separuh tiang.
Sebab yang mudah adalah kerajaan nasional ini hanya dilaksanakan dalam keadaan sesebuah negara berada dalam keadaan darurat atau gawat yang sangat besar. Masaalah ekonomi di Malaysia adalah lantaran dari hasil kerja tangan UMNO melalui amalan korupsi, kronisma dan nepotisma mereka. Apakah dengan membawa mereka dalam sebuah kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan masalaah ini?
Semua Ahli-Ahli PAS Mahu PAS Mengganti UMNO Sebagai Pemimpin Orang Melayu/Islam
Inilah dia faktor yang kedua dan yang paling besar. Rata-rata ahli PAS meninggalkan UMNO atau menolak UMNO sejak dahulu sebab mereka sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan UMNO.
Mereka telah ditipu oleh UMNO terlalu banyak kali sehingga mereka hilang perkiraan berapa kali mereka telah ditipu. Penipuan terbesar UMNO adalah berkaitan dengan Islam dimana UMNO menjadi batu penghalang terbesar kepada perlaksanaan Islam di Malaysia.
Oleh sebab itu ahli-ahli PAS memilih PAS dan meninggalkan UMNO kerana mereka mahu kepimpinan yang baru dalam hidup mereka. Mereka tidak mahu lagi UMNO memimpin mereka tapi mereka mahu PAS memimpin mereka.
Naluri manusia memerlukan kepimpinan seperti naluri manusia memerlukan makanan dan minuman. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk duduk di bawah kepimpinan PAS. Tidak hairan dalam setiap kitab-kitab akidah islamiyyah, soal akidah mesti diletakkan dalam kitab yang sama dengan permasalaahan kepimpinan.
Selepas 2008, tiba-tiba PAS melonjak naik. Tiba-tiba bukan sahaja PAS diberi peluang memimpin ahli-ahli PAS tetapi PAS juga diberi peluang memimpin rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Hati ahli-ahli PAS melonjak di dalam kegembiraan. Ini bermakna pemimpin yang mereka pilih sudah mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.
Dengan kata lain, tindakan2 yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan PAS sepatutnya mengarah kepada menjadikan PAS parti yang selayaknya menggantikan UMNO.
Disangka Panas Sampai Ke Petang....
Namun, sayang seribu kali sayang. Sejurus selepas PRU 2008, sebahagian kepimpinan telah membuat keputusan untuk berselingkuh dengan UMNO. Dengan erti kata lain, mereka telah berbincang dan bertemu dengan pimpinan UMNO tanpa pengetahuan semua AJK PAS Pusat dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.
Dan yang lebih menyedihkan, kepimpinan yang terlibat itu telah sanggup menipu kepada rakyat umum serta kepada semua ahli-ahli PAS. Apabila ditanya, mereka telah menafikan sama sekali berjumpa dengan UMNO.
Di belakang mereka telah membuat konsipirasi untuk memastikan semua ahli PAS menyokong tindakan mereka hendak membawa PAS kepada UMNO. Antara konsipirasi itu adalah percubaan mereka mempengaruhi Pemuda2 PAS tanpa pengetahuan Ketua Pemuda sendiri di dalam menyokong usaha ”Muzakarah PAS-UMNO”.(Rujuk artikel saya ”Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!”
Bayangkan sehingga ke tahap tidak ada langsung kata simpati kepada Anwar Ibrahim sewaktu beliau difitnah dalam isu liwat-Saiful. Apabila ditanya berkenaan isu Anwar Ibrahim ini, boleh dijawab:
” Soalan:Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?
Jawapan: Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah. ”
Langsung tiada kata simpati. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang pergi melawat Anwar dan menyatakan simpati beliau bagi pihak PAS kepadanya. Selepas itu,berlakulah rentetan peristiwa demi peristiwa yang telah melibatkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan dan berakhir dengan kenyataan umum yang dibuat Tok Guru Nik Aziz mengkondem idea ”Kerajaan Perpaduan” ini.
Semua Ini Mengecewakan Ahli-Ahli PAS
Semua ahli PAS kecewa dengan perkembangan ini. Ahli-ahli PAS hendak melihat PAS maju dengan manjadikan PAS parti yang diterima semua masyarakat Malaysia tanpa mengorbaknkan prinsip Islam.
Lebih-lebih lagi PAS dilihat sebagai parti yang bersih berbanding dengan UMNO yang sangat kotor dan najis.
Jadi, tidak hairanlah dalam Muktamar2 Kawasan kekecewaan ini terserlah sehingga menantu Tuan Guru Presiden juga ditolak perwakilan.
Kepimpinan PAS Masa Depan
PAS mestilah dipimpin oleh merekayang mampu menjadikan PAS parti pengganti kepada UMNO.
Bukan pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi kawan dengan UMNO.
PAS mesti memimpin agenda ”Islam sederhana” di Malaysia yang mana kesederhanaan itu tidak mengorbankan prinsip Islam dan perkara yang ”Qat’ii” dalam Islam.
PAS pernah cuba untuk memimpin agenda ”nasionalisma Melayu”semasa PAS dipimpin Dr Burhanuddin Helmi dan berjaya mendapat sokongan yang mantap dari majoriti orang Melayu tanpa mengorbankan prinsip Islam. Mengapa tidak sekarang dengan agenda ”Islam sederhana”?
Para perwakilan mesti memilih pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan mampu memimpin Malaysia itu sendiri.
Para perwakilan harus menolak semua pimpinan yang mahu membawa PAS hanya menjadi parti sampingan atau parti pembangkang. Status pembangkang hanya layak bagi UMNO dan bukannya PAS.
Kiranya salah pilih pemimpin, maka PAS akan kehilangan peluang keemasan ini buat selama-lamanya. Rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS dan payah untuk PAS mendapat balik kepercayaan rakyat kepadanya.
Dan yang paling penting, perwakilan mesti memilih barisan pemimpin yang akan menjadi pemimpin kepada UMNO, bukannya rakan.
Artikel yang cukup baik dari Tulang Besi