4.15.2009

Bangkitlah Melayu

. 4.15.2009


Susulan berita kat sini.

Bangkitlah Melayu.. sedarlah Melayu !!.

Pada aku..sedarlah Melayu yang mengaku Islam, jangan letakkan diri anda Melayu Islam hanya pada nama. Malulah sikit bila mengaku Melayu tetapi mengamalkan corak kehidupan yang meminggirkan nilai-nilai keislaman.

Kenapa nak dibangga dengan bahasa Inggeris, tak majukah bahasa Melayu, malukah kita semua dengan bahasa Melayu, adus !! sedih banggat nengok pemimpin Japang berbahasa ibundanya, pemimpin Thailand dengan bahasanya, Korea bangga dengan bahasanya..Melayu malu..

Sudah ditarbiahkankah anak-anak Melayu yang bergelumang dengan maksiat. Sudahkah mufti-mufti nasihat akan anak-anak Melayu yang bermaksiat dalam AF, Bintang Remaja, Jom Heboh, lain-lain hiburan yang melampau itu. Mana lebih hebat seru orang Melayu sedar untuk perpaduan Melayu atau seru orang Melayu bangkit untuk perpaduan Islam.



Apa yang mereka ini nak sebenarnya...hampehhhh!!! kosong.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata ‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata “UMNO kalau kita tengok Fasal 3 perlembagaannya ialah memperjuangkan hak Melayu. Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu. Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.

Tuanrumah : Mereka semua ini adalah kaki ampu, kaki bodek. Kalau benar seru untuk memartabatkan Melayu, kenapa dikurangkan ahli kabinet orang Melayu, kenapa ditambah ahli kabinet kepada orang Cina. Sapa sebenarnya yang nak sedar siapa !!

Kenapa dipinggirkan ahli parlimen orang Melayu, kenapa dianaktirikan ADUN-ADUN Melayu pembangkang, kenapa dihentam PAS habis-habisan walaupun parti itu adalah parti Islam Melayu. Kenapa, siapa yang harus sedar dan bangkit.

Rakyat keturunan Melayukah ? atau pemimpin berketurunan yang mengaku Melayu !!!




klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Tetap berpegang teguh, Melayu itu akan pupus, Islam akan subur dibumi Malaysia ini !! Aku anak Malaysia



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Anonymous said...

The biggest mistake that Tok Guru Nik Aziz has made is allowing Ibrahim Ali to contest parliamentary seat on PAS ticket

Tuanrumah said...

icon2008, ketentuan Allah nak menjadikan politik Malaysia suatu drama yang hidup.. apa jua masalah tetap dihadapi, bah kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit" kita tidak tahu bila masa kita bersedia menghadapi masa depan namun kita masih mampu merancang. Ada kuasa + iman - nafsusarakah2 = nescaya Islam akan membangun

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com