Legasi ketua-ketua kampung lantikan rakyat menerusi pilihanraya telah berakhir dengan teredarnya surat dari Pihak Berkuasa Negeri atas arahan kerajaan pimpinan Menteri Besar KuDEta Perak.
Beberapa bulan setelah Pakatan Rakyat mengambilalih negeri Perak dari Barisan Nasional, sistem pilihanraya bagi pemilihan Ketua-Ketua Kampung telah diwujudkan semula..
Berduyun-duyun segenap lapisan rakyat memenuhi dewan masyarakat, sekolah bagi memenuhi tanggungjawab memilih ketua-ketua kampung yang berwibawa, yang benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat tanpa meninggalkan suruhan-suruhan agama. Siang bergelumang dengan rakyat, memenuhi tanggungjawab mesyuarat, hadiri majlis kenduri, kematian, ziarah orang sakit, menganjurkan program-program kesemuanya untuk rakyat.
Rakyat bergumbira dengan perubahan ini. Ketua-ketua kampung tidak lagi diwakili atas dasar gila kuasa, pangkat malah ada ketua kampung terdahulu dilantik atas dasar keturunan, masyaallah.. Ketua kampung lantikan rakyat lebih berhemah, pandai berkhutbah, menjadi imam, mengendalikan urusan jenazah, ziarah dan bergaul baik dengan masyarakat berbanding dengan ketua-ketua kampung terdahulu yang hanya gilakan tender hatta mesin rumput, komputer malah meja dan kerusi yang dikhaskan untuk dewan masyarakat dibawa lari sewaktu tumbangnya kerajaan BN dahulu. Cuma satu yang tidak ingin dibawa lari iaitu keranda basuh jenazah.
Ketua-ketua kampung ini menghayati pengorbanan dengan elaun hanya dari kerajaan negeri iaitu lebih kurang RM250. Elaun kerajaan pusat telah ditarik kembali setelah Pakatan Rakyat merampas Perak. Kejam dan busukhati namun atas keikhlasan hati serta pengharapan penduduk sekitar, usaha tetap diteruskan dengan niat kerana Allah SWT. Moga Allah SWT mengurniakan sebanyak-banyak pahala atas kerja mereka yang dilakukan dengan tawakkal kepadaMu.
Kepada ayahandaku, sebagai Ketua Kampung Sungai Malau merangkumi tiga kampung (Kampung Sungai Malau Luar, Kampung Sungai Malau Dalam dan Gugusan Felda Sungai Malau) yang dilantik menerusi pilihanraya, yang mendapat mandat dari rakyat marhaen, jasa-jasamu akan dikenang oleh seluruh penduduk kampung. Seluruh anak-anakmu akan tetap menyokong perjuanganmu dalam menegakkan syiar islam. Kata pepatah "Kalau jadi keli dikolam, jadilah keli yang paling tangkas dan berbisa, kalau jadi pokok di pulau, jadilah pokok yang dapat mereduhkan pulau, kalau jadi insan biasa, jadilah insan biasa yang berbakti kepada agama islam".
Walau dimana kita berada, dipuncak kuasa, dibawah mana sekalipun, jadilah yang terbaik, insyallah, selagi hayat dikandung badan budi yang baik dikenang jua..takbir..Allahuakhbar.
4.16.2009
Berakhirnya legasi ketua-ketua kampung Perak
Tuan Rumah;......................tengah berkabung ni. Nak tau cerita lagi kat [sini]
0 comments:
Post a Comment