Ini peranan kita orang Islam, orang yang mengaku diri sebagai Melayu Islam. Akan pasti lahirnya mualaf-mualaf yang pastinya lebih arif, lebih bijaksana dan lebih adil dari kita insan Melayu yang sejak lahir Islam pakaiannya. Lihat saja Ustaz Idham Lim (Cina Islam), Ustaz Ravi Abdullah, Uztaz Mohd Nordin Abdullah(muallaf Kadazan - terkenal kat Sabah ni), Sdr Ang Wan Seng, Toh Puan Dr Aishah Ong, Ustaz Riduan Tee Abdullah malah Ustaz Nazri (exNasyid Raihan) dan Tan Sri Jeanne Abdullah (wife Pak Lah) adalah mualaf.
Masih teringat kisah Lim Guan Eng bersama-sama Allahyarham Dato' Fadhil Noor...
Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang ...
Lim Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Sewaktu dalam ceramahnya beliau berucap; dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.
Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."
Tak semena-mena, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.
Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."
Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: "Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu..." . Guan Eng jawab, "..dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini....."
Bagaimana kita orang Melayu Islam?.... Kita bergaduh, bertelagah bagai nak rak, berebut kuasa duniawi, alhamdullilah kalau kita bergaduh bertelagah dalam mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Bukankah ini lebih mulia, berlumba-lumba beribadat menegakkan yang hak membunuh yang batil. Ini tidak ! Yang mungkar, yang batil itu yang kita pertahankan. Terbalik kot dah ni. Malu sungguh kat sahabat-sahabat Mualaf kita ni dan juga saudara-saudara kita yang semakin memahami Islam.
Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."
Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
PAS harus menjadi pengerak, teraju utama membentukkan insan sebegini. PAS sudah ada slogan "PAS FOR ALL". Pergunakan sebaikmungkin dengan nawaitu ikhlas bukan sekadar mendapat imbuhan politik malah lebih dari itu, memohon hidayat Allah SWT agar dibukakan hati-hati mereka ini kepada Islam. Perak sudah menjadi batu loncatan, semua masyarakat bukan Islam sudah memahami erti Islam dan Keadilan. Mereka menyayangi Tok Guru lebih dari puak-puak UBN. Mereka menghormati Tok Guru serta ustaz-ustaz dalam PAS kerana mereka percaya akan keadilan serta kesederhanaan dalam PAS. Guna peluang ini dengan sepenuhnya, insyaallah setiap kerja yang dilakukan dengan niat kerana Allah SWT akan dimakbulkan.
Lupakan puak-puak UBN yang hatinya keras hitam dek kerana mempertahankan kuasa yang semakin pupus itu. Hamas mengambil masa puluhan tahun untuk memenangi hati rakyat Palestine hingga sekarang, ramai rakyat Palestine menyokong pergerakkan mereka walaupun berjuta halangan menimpa. UBN kini ibarat Fatah yang semakin terpinggir, terpaksa merayu untuk mengadakan pakatan dengan Hamas, dulunya UBN mendongak langit kini terpaksa melutut memohon restu dari rakyat. Rakyat mula menerima konsep dalam PAS. Bola ditangan PAS, terpulang kaki mana yang nak digunakan namun pastikan hasilnya ledakan gol yang akan memenangkan Islam serta menghancurkan Islam Hadhari ciptaan UBN sekular ini.
Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita semua doakan jadi supaya makbul niat dan hajatnya.
4 comments:
Aku akan doakan dan insyaAllah aku akan solat hajat minta mohon Allah bukakan hati kedua mereka dan ramai lagi untuk memeluk Islam
saya doakan ketua menteri negeri saya memeluk islam satu hari nanti..insya allah
sama-sama kita doakan..
Sama-sama kita semua umat Islam diMalaysia ini doakan mereka ini lembut hati dan bersedia menerima Islam..insyaallha, Islam sebenar akan berkembang dibumi ini, takbir !!!
Post a Comment