4.22.2009

Muktamar PAS; Jangan dilupakan calon muslim bukan Melayu

. 4.22.2009


Wednesday, April 22, 2009 [TKOonline]

Parti Islam SeMalaysia (Pas) kini lihat telah berjaya menarik perhatian golongan bukan melayu untuk memberi undi. Jurang curiga non muslim terhadap Pas yang selama ini dianggap sebagai ekstremis agama sudah semakin sempit.

Pendekatan Pas yang tidak hanya mementingkan 'kosmetik' telah menampakkan hasilnya. Nilai agama yang ditonjolkan pasti boleh diterima. Kerana Islam itu bersifat fitrah.

Inilah kesannya apabila 'buat serupa bikin'. Saya pernah didatangi oleh seorang cina PKR yang merungut apabila memikirkan segelintir ahli mereka .



Ketika asyik kami bertukar pandangan tentang krisis politik perak. Dengan spontan dia berkata ; "orang pas juga bagus tidak tipu orang"! tetapi saya membalas; "bukan semua bro'! dijawabnya kembali tapi sekarang masih ok la...katanya dengan bangga.

Inilah hasil pentarbiahan, itulah rumusannya. Telah banyak saya perkatakan sebelum ini Pas ada 'bahan mentah' cuma ruang untuk pemasarannya masih lemah.

Islam dan perjuangan tidak hanya dibatasi oleh sesuatu kaum sahaja. Bayangkanlah jika melayu yang diasuh boleh memikat non muslim. Bagaimana impaknya jika non malay yang muslim berada didalam saf kepimpinan Pas ?.

Pimpinan peringkat pusat perlu melakukan perubahan dengan membawa masuk golongan muslim bukan melayu .Tokoh-tokoh seperti YB Idham Lim, Anuar Tan sudah boleh diketengahkan. Tokoh dari kaum India Muslim agak ramai. Tetapi Pas kenalah rajin 'meminang' calon-calon yang berpotensi.

Untuk Sabah dan Sarawak juga boleh diusahakan walaupun agar sukar. Golongan yang dari suku kaum pribumi 'revert' bolehlah diberi ruang.

Pas jangan terlalu bergantung kepada sokongan non muslim dari parti lain terutama pemimpin mereka. Pas sebenarnya mampu melakukan tranformasi, reformasi demi masa depan parti.

Keputusan tentang keahlian bukan melayu pun masih belum selesai. Kelab penyokong menunjukkan prestasi yang baik. Harapannya biarlah ada kemajuan serta perkemaskan lagi organisasinya.

Harapan mahu melihat pas sebagai parti yang tidak 'terlalu melayu'. Kerana Islam bukan hanya untuk ras yang satu.

Kesannya hanya akan terlihat apabila ada perancangan dan tindakan. Bukan laungan retorika sepanjang masa.

Bayangkanlah jika kepimpinan Pas dari pelbagai kaum bagaimana impaknya ?


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com