4.13.2009

Penambahbaikan Islam Hari-Hari

. 4.13.2009


Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu dikaji semula tetapi sebaliknya mansuhkan terus, kata TImbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Beliau berkata, tiada sebarang manfaat diperoleh sepanjang ia dilaksanakan, sebaliknya hanya menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini sama ada Islam Hadhari itu adalah sebuah agama baru atau sekadar konsep.

“Saya tidak melihat sebarang pelaksanaan dibuat bagi memartabatkan Islam. Segala yang terkandung dalam konsep Islam Hadhari itu memang sudah dituntut dalam Islam,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Laporan akhbar semalam memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom akan mengkaji semula konsep Islam Hadhari bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.



Nasharudin berkata, tiada kesan positif sebelum dan selepas pelaksanaan konsep tersebut, sebaliknya keadaan umat Islam dilihat masih mendatar dan lebih malang lagi menjadi lebih keliru.

“Umat Islam dan sistem perundangan syariah masih berada di takuk lama. Justeru tindakan mengkaji semula konsep tersebut hanya satu usaha sia-sia yang tidak akan mendatangkan hasil,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Ustaz Norazli Musa menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas itu dan turut mencadangkan supaya menghapuskan konsep Islam Hadhari.

“Pada pandangan saya, Islam Hadhari ini tidak perlu dikaji, tetapi dihapuskan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah Islam sebenar yang diturunkan oleh Allah SWT dan wajib diikuti oleh semua umat Islam,” katanya.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul itu menyebabkan Islam Hadhari diharamkan di Selangor.

Beliau berkata, kepincangan dalam UMNO pada hari ini menggambarkan bahawa Islam Hadhari gagal dibawa oleh pemimpinnya sekali gus menunjukkan konsep tersebut tidak berkesan bagi membawa perubahan dalam peradaban.

Namun begitu, Norazli berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mewujudkan satu peradaban Islam yang moden, tetapi perlu berlandaskan kepada acuan Islam yang sebenar supaya konsep Islam itu sendiri tidak disalah tafsirkan oleh masyarakat.



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Islam hanya satu takde Islam hadhari, Islam sehari-hari yang patut diamalkan.. AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

Anonymous said...

Maaf saya kurang pasti....

kenapa Islam Hadhari tu tidak di haramkan di 4 negeri yg lain....... :(

Tuanrumah said...

Tuan anoy, Islam Hadhari tidak diamalkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan rakyat, (buktikan kalau ada), yang mengamalkan dan menjaja kesana sini cuma kerajaan pusat pimpinan UMNO. Mereka yang heboh ke sana sini mengatakan yang Islam Hadhari adalah terbaik untuk semua kaum diMalaysia namun ketirisan terhadap konsep Islam Hadhari ini lebih jauh dari kebaikan.

Prinsip saya dan pastinya pejuang islam lainnya, Islam itu satu, syumul tidak ada Islam Hadhari yang direka tanpa berlandaskan hukum syarak.

Islam tidak boleh diubahsuai ikut bangsa, kaum dsbgnya. Amal makrum nahi mungkar..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com