4.09.2009

Tolong, tolong bagi pandangan, perspektif, komen etc - Malaysiakini

. 4.09.2009


Saudara saudari kiranya ada pandangan dari para mufti, ustaz jauh atau dekat, ustaz lama atau moden, ustaz PAS atau UmNo, sila beri link atau komen agar pembaca dapat membahas dan memikir secara ilmiah disini. Sekian, terima kasih.

Pandangan dari perspektif Tok Guru Nik Aziz

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ? Selanjutnya kat [sini]

Pandangan dari perspektif Ustaz SaifulIslam

Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?

Saya yakin, jawapannya mudah. Ia bukan penghinaan terhadap Islam.

Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.

Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’. Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam. Selanjutnya baca kat [sini]


Pandangan dari perspektif Ustaz Al-Bakistani

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”. Bacaan selanjutnya kat [sini] la.


Pandangan dari perspektif Ustaz Abu Usamah

Kita boleh buat dua persepsi dalam isu ini:

Berhati-hati: Orang kafir menyalah guna al-Quran, cuba mengkaburi orang Islam kononnya mereka tidak membenci Islam.


Menerima dan berbaik sangka: Sekurang-kurangnya mereka pun sudah menjadikan al-Quran sebagai rujukan mereka. Kita boleh memilih untuk menjadi salah satu dari di atas.

Dan pemilihan cara bereaksi mestilah dengan cara yang adil:

Jangan hanya sebab dia dari DAP, maka kita putuskan bahawa dia ini musuh Islam yang cuba tipu orang Islam. Atau jangan hanya kerana dia ini DAP yang bersekongkol dengan PKR dan PAS, maka kita katakan bahawa dia ini sudah rapat dengan Islam, jadikan al-Quran rujukan. Selanjutnya kat [sini]






klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Setakat ini belum dapat cari komen-komen berfakta dari mufti-mufti makan gaji, hanya fatwa sempit diutarakan dan diwar-warkan.



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com