...adakah makhluk Allah di bawah ini tidak tahu akan hukum hakam Islam atau namanya sahaja Islam.. sungguh memalukan umat Islam.. Mejar Bersara tolong nasihat berapi kat mereka ini !!!!
Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan dimasukkan ke dalam api neraka, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
Oleh itu, haruslah kita mempastikan sumber rezeki yang kita cari itu adalah baik dan halal, sama ada dengan bekerja makan gaji, berniaga dan sebagainya. Bersyukurlah dengan rezeki yang diterima, biar sedikit asalkan halal dan diberkati Allah Subhanahu Wata'ala. Dan itu adalah lebih baik daripada mendapat hasil atau keuntungan yang banyak, tetapi diperolehi melalui jalan atau cara yang menyalahi hukum agama. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha yang baik itu akan mendapat berkat dan keuntungan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 tafsirnya :
Made in UMno [susulan berita kat sini..]
4.14.2009
Halal haram jelmaan Islam HariHari
"Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan : Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
Tuan Rumah;Kemewahan, pangkat dan kuasa yang dicari, hina sehina-hinanya disisi Allah kelak, nauzubillahiminzalik !!
0 comments:
Post a Comment