4.02.2009

UMNO - separuh Islam separuh sekular

. 4.02.2009


Ditaipkan semula walaupun dah tau perangai UmNo yang gemar ambil separuh-separuh ajaran Islam demi mengisi tengkolok nafsu serakah mereka, namun demi Islam kugagahi jua, surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar pada tahun 1996.



Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.


Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.

Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD (Tuan rumah : Kalau insan ni hidup lagi bertaubatlah, jgn ambil Islam separuh-separuh, dosa yg amat besar ni..)

Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.

s.k.

YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Nak tanya mufti BeeEnd la, apa hukumnya orang yg tulis ni, orang yg jadi pak turut, ada berani komen ka !!!



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com