4.03.2009

Tolonglahh insaf !! Jangan jadi macam lembu..

. 4.03.2009


Sekadar renungan dan perhatian dimusim pilihanraya ini..



Untuk blogger2 network Perak, kami pelayar web anda tahu betapa tensionnya untuk anda semua berjuang dialam maya ini namun fikirkanlah dan kira betapa hayat anda (klik dalam kotak tu la) jika anda masih merokok lagi.. cukuplah disini..



Ikhlas dari yang LowProfile untuk WakAlbanjari dan perokok-perokok lain termasuk penceramah, pendengar ceramah, pelayar web, pengomen serta semua yang terasa... Ingat yang nak jadi pemimpin PAS, saper yang hisap rokok tak layak jadi pemimpin tau !!



Sedikit petikan dari Tok Guru Nik Aziz..

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.




klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Dulu merokok kini dan selamanya berhenti merokok, dulu UmNo kini dan selamanya PAS..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com