Kah kah kah !! malam tadi aku nengok program mentor ni terbitan TV3 (dah takde citer nak tengok). Ada simamat Awie ni cakap dekat remaja yang tengah ujibakat kununnya saper penyanyi rock boleh masuk syurga. Fatwa baru dari Ustaz Rock Awie dan Mufti-mufti brand @#$! tolong nasihatkan kat Ustaz Awie ni jangan babitkan agama kalau anjur program maksiat sebegitu. Terpekik terlolong tiba2 pandai keluar fatwa agama. Geleng kepala aku dan isteri dengar Awie cakap macam tu.
Ustaz Awie cakap lebih kurang camni “Seorang penyanyi rock seorang yang jujur, kebanyakkan penyanyi rock senang masuk syurga” .
Kenyataannya, kebanyakkan artis-artis sekarang ini hanyut terlalu jauh dan menyimpang dari agama namun mereka masih jadi idola masyarakat. Kenapa lah kurang sangat orang kita menyanjung ustaz serta para ilmuan. Adakah ini didorong oleh kuasa yang ada pada pihak pemimpin. Cara mereka mencorak masyarakat agar terus leka dan dibuai oleh kemaksiatan.
Nak harapkan para ustaz dan mufti-mufti jenama @#$! ni memang tak boleh nak harap. Tapi kalau politik mereka yang terkedepan. Pantang Ngeh baca ayat Quran berkokok sana berkokok sini, pantang Tok Guru keluar kenyataan sikit berciritbirit la puak-puak ni berdengung.. pantang Ayah Chik bagi statement sikit berminggu ulasan dikeluarkan, terus adakan mesyuarat keluar fatwa. Hebat sungguh para juak-juak ni.
Lagi satu ni, Rais Yatim tolonglah paling kurang pun hentikanlah program-program yang tak berfaedah seperti Akedemi Fantasi, Bintang RTM, Mentor, 1 in te million, cuba lihat yang joinnya orang melayu, habis rosak orang melayu dibuatnya. Buat dosa je. Kenapa tak diperbanyakkan program yang mencambah minda seperti Tanya Ustaz, Bicara Agama, lain-lain program yang membina bukan melalaikan serta membuang masa itu. Takut rakyat berpihak pada PAS ke! Alhamdullilah apa salahnya..
Ingatlah kita akan dipertanggungjawab atas apa yang kita lakukan diakhirat kelak..ingatan dan nasihat dari tuan rumah untuk tuanrumah dan kepada sesiapa yang memimpin.
3 comments:
Artis Melayu Malaysia memang dah lama jauh dari suruhan Allah.... Apa yg dibuat oleh artis barat itulah yg jadi idola mereka...
Pakaian mendedah aurat , berpelukan ketika berlakon dan di luar lakonan dah jadi perkara biasa bagi artis melayu....
Betui tu Anoy, yg jd masalahnya apa pemimpin kita buat, semuanya boleh dikatakan melayu Islam yg ada kuasa + pula dgn mufti, takat keluar fatwa lepas tu sonyap tiada tindakan apa kejadahnya. Nengok JomHeboh, 2004 diharamkan oleh Mufti Perak seterusnya Tajol Rosli dan Ir Nizar terus haramkan.
La ni timbul pulak, minggu depan diadakan konsert dgn alasan sempena hari keputeraan Sultan Perak ! Hampehh negeri kelahiran aku ni... apa MB baru buat entahlah, aku tak sokong harap bila Allah tanya aku aku dah niat 100 % aku tak ampunkan sapa yg luluskan program ni. Tau la hangpa nanti !!! Sultan Perak empppppp
LU PIKIR LA SENDIRI NABILLLLLLLLLLLLLLL
Post a Comment