4.09.2009

Pak Samad Said dalam Suara Dari Dinding Dewan

. 4.09.2009


Sangat mengasyikkan sasterawan negara ini mendeklamasikan puitisnya, Suara Dari Dinding Dewan tajuknya. Anda hayati sendiri…



Saya tidak tahu mengapa mereka ragu-ragu. Mengapa selepas lima dekad kita tidak mentakhtakan mahupun memahligaikan bahasa Melayu. Kalau bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu pengetahuan, itu salah pemimpin sendiri. Kenapa tidak dengan seluruh kuasa yang ada, dengan lima Menteri Pelajaran dipegang orang Melayu, kita masih tidak boleh menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. (A.Samad Said Berita Harian 9 April 2003)

Malah akhir-akhir ini A.Samad sudah bersuara lantang, ini terlihat misalnya menerusi wawancara Berita Harian 9 April 2003 dengan Salbiah Ani.

" Saya fikir memang ada waktu seniman harus segan tetapi segan mesti ada tempohnya juga. Jika tidak seniman tidak punya erti apa-apa. Sebelum ini, saya seperti tidak bercakap sebab saya segan. Saya tidak mahu menggelorakan keadaan secara sia-sia. Kalau pembangkang bersuara dihitamputihkan. Seniman tidak berpihak dan sikapnya ini harus diterima secara bersih. Saya memang tidak senang apabila Dasar Bahasa Kebangsaan sentiasa goyah. Sekejap dikatakan bahasa Melayu akan diperjuang. Kenyataan yang terlihat tidak mengarah ke situ. Kita sudah bunuh tulisan jawi hampir empat dekad dan seperti tidak merasa bersalah. Begitu juga soal SAR yang sudah berada sejak lima enam dekad lalu. Bayangan bagaimana bangsa Islam negara ini mencurah tenaga sukarela untuk membangunkan sekolah. Memang banyak kekurangan tetapi ia patut dibantu. Sekiranya kekurangan guru, kita bantu. Jika pensyarah menentang kerajaan, kita hantar orang yang boleh berhujah. Hanya kerana beberapa orang dan pembangkang, kita runtuhkan segala-galanya. Ini namanya tidak bijaksana. Kalau kurang, kita harus menolong menggerakkannya. Sebab itu saya puji gerakan Dong Jiao Zong. Saya puji sebab mereka sepenuh hati memperjuangkan sehingga kolej dan universiti mereka diterima. Ini bererti mereka berjaya. Orang politik masa berkuasa bercakap dan langsung tidak bersuara apabila tidak berkuasa . Di tengah-tengah itu seniman perlu bersuara. Walau ahli politik yang berkuasa berfikir bahawa seniman bercakap menguntungkan pembangkang. Apa salah kalau ia yakin yang lebih baik. Saya bercakap tidak mewakili mana-mana institusi. Saya boleh jadi benar dan boleh jadi salah."






klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah; Sedih Sasterawan Negara dipinggirkan, Pakatan sambut demi survival bangsa Melayu, Umno demi menegakkan benang basah tetap dengan maruah jijiknya..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com