4.06.2009

Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang, rakyat harus hukum BN !!

. 4.06.2009





Rakyat di ketiga-tiga kawasan pilihanraya mesti menolak BN pada pengundian esok bagi memberikan isyarat bahawa rakyat tidak merestui perlantikan Perdana Menteri baru, Najib Razak.

Dengan mengundi PR dan menumbangkan BN esok, kemungkinan BN akan sedar bahawa mereka mesti mencari Perdana Menteri lain yang lebih baik, bersih dan berakhlaq serta tiada kontroversi.

Setelah suara rakyat yang disalurkan melalui memo wakil rakyat PR tidak didengar dan diendahkan oleh BN, maka rakyat Malaysia mengharapkan pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menyampaikan mesej kepada BN yang tetap berdegil dan mengenepikan suara rakyat.

BN mesti sedar bahawa majoriti rakyat di Semenanjung Malaysia menyokong PR dan mereka hanya menang dengan undi dari Sabah dan Sarawak. Maka suara rakyat terutama dari mesti diambilkira dan dipertimbangkan dengan seadil-adilnya.

Rakyat bukannya mahukan Perdana Menteri dari PR tetapi mereka mahukan Perdana Menteri selain dari Najib yang ternyata mempunyai rekod buruk di dalam negeri dan di persada antarabangsa.

Jadi saya menyeru pengundi di 2 Bukit dan 1 batang supaya mengajar BN esok dengan memberikan kemenangan 3-0 kepada PR.





klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Kredit untuk SofiWahab @ Mutaligat



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com