4.25.2009

Rinduku pada ketegasan Mufti Perak yang "dahulu"....

. 4.25.2009


.. Suatu ketika dahulu ...beberapa tahun yang lepas....
Mufti kata haram, TV3 teruskan Jom Heboh
04-05-2007 05:30:38 PM Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Program karnival dan konsert Jom Heboh anjuran TV3 yang difatwakan haram oleh Mufti Perak akan tetap diadakan mengikut jadual bermula esok.

Pegawai di jabatan komunikasi korporat stesen televisyen itu, Yusnita Mad Jalani berkata program bulanan itu diteruskan memandangkan segala persiapan telah diatur untuk diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh. "Program ini tetap 'on'. Malah, kami baru sahaja menghantar krew di dalam tiga buah bas untuk menjayakan program itu," kata Yusnita kepada mStar Online, sewaktu diminta mengulas kenyataan terbaru mufti tersebut.

Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini menegaskan kembali pendiriannya sejak beberapa tahun bahawa karnival tersebut, yang memuatkan konsert hiburan, tetap haram di sisi Islam.

Beliau dilaporkan berkata mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton acara tersebut adalah haram.

Harussani berkata pesta jualan sambil berhibur itu, walaupun ditukar namanya sekarang daripada Sure Heboh, boleh "membawa kesan buruk kepada orang Melayu", lapor agensi berita Bernama.

"Benda yang haram tetap haram. Saya sudah membantah pada awal-awal lagi sebelum ia datang ke Perak," beliau dipetik sebagai berkata. Pada 30 Julai 2004, Harussani membuat kenyataan bahawa Majlis Mufti-mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert tersebut hukumnya haram dengan alasan ia melalaikan umat Islam dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.



Karnival dua hari itu antara lain menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan juga Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim sebagai jemputan di set rancangan tersebut.

Ia juga dijadualkan mementaskan persembahan beberapa orang penyanyi terkenal, antaranya Misha Omar, Adibah Noor dan Hattan.


Terkini, hujung minggu ini... ianya kembali ke Perak.

Acara :Hari Terbuka Armada Bersama Jom Heboh dan TV3 Navy Special
Tarikh :25 dan 26 Apr 09(Sabtu & Ahad)
Lokasi :Jeti Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :PTL

Program maksiat yang akan diadakan antaranya dalam kategori HIBURAN DAN RIADAH :

:: Konsert Gelombang Biru di tapak Jom Heboh TV3
:: Senamrobik
:: Konsert TV9
:: Konsert Jom Heboh TV3
:: Jemputan artis & personaliti dari Media Prima Sdn Bhd
:: Boat Ride
:: Kereta api kanak-kanak
:: Cabutan bertuah dan teka kacang
:: Kugiran di beberapa kapal besar
:: Human Balloon

Tuanrumah: ..... sedang berdukachita kerna akan adakah lagi ketegasan mufti Perak yang lantang bersuara menegakkan akidah Islam dibumi Perak ini.. his his sedhihnya.


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

2 comments:

محمد هزرن الجاوهري said...

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Anonymous said...

Salam utk semua,
kalaulah Mufti Perak pernah mengharamkan Sure Heboh/Jom Heboh, saya agak keliru pulak kenapa kali ini ia dibolehkan. Tiada komen dari SS Mufti?...., atau beliau ada komen tapi tak lulus penapisan KDN? Tolong sesiapa yg tahu cerita berilah kami info yg benar.... Hal hal agama, kita share info yg berguna...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com