4.21.2009

Rakyat Pahang merana akibat salah urustadbir negeri.

. 4.21.2009


Cuma nak peringat rakyat Pahang yang masih tegar menyambut kepulangan Najib tempohari. Rakyat Pahang yang mudah disogokan dengan makanan "tapau" yang tak seberapa, yang mudah dibawa melancong ke Kuantan dengan bas berhawa dingin, dengan kakitangan kerajaan dan swasta yang pergi samada kerna terpaksa atau sukarela, dengan juak-juak yang ada kepentingan kroni serta politik.. ketahuilah..

Hutang kerajaan negeri Pahang kini menjangkau RM1.3 bilion dan jika dicampur RM63 juta hasil dari keputusan Mahkamah (Laporan dari Malaysiakini) baru-baru ini, jumlah hutang tersebut bertambah RM1.363 billion.

Penduduk Pahang ialah seramai 1,483,600 atau 1.484 juta orang setakat tahun 2008. Jika dihitung melalui matematik mudah, rakyat negeri Pahang telah berhutang kepada kerajaan sebanyak RM918.71 seorang termasuk kanak-kanak seusia baru lahir, baru keluar menikmati keindahan bumi Pahang terpaksa sudah berhutang RM918.17. Hebat!!, ingatkan bayi baru lahir suci dari segala dosa dan hutang, kini dibebani hutang kerajaan Pahang.

Adakah MB Adnan mahu bertanggungjawab dalam perkara ini?. Jawapannya sudah tentu tidak. Apakah wang MB Adnan sendiri digunakan untuk membayar hutang ini! Sudah tentu jawapannya juga tidak. Apakah wang dari GLC kerajaan negeri iaitu dari Kurnia Setia, Aspa, LKPP, Teras Dara, PKNP juga jawapannya oh tidak! tidak!. Emph mana lagi nak cari wang ni ye, ha !! UMNO negerikah yang boleh bayar hutang ni, hahaha sudah tentu tidak !!!!!!.



Siapa yang perlu bertanggungjawab sebenarnya. Dah tentulah rakyat Pahang dari bayi yang baru sehari lahir ke dunia hinggalah yang tua (ibarat kubur dah memanggil). Berapa hutang kerajaan negeri rakyat kena bayar! Berapa jumlah hutang hasil titik peluh rakyat Pahang pula kena bayar kepada kerajaan Pusat. Kalau elak, Lembaga Hasil akan kejar hingga kelubang cacing sekalipun. Kerajaan negeri, sapa yang nak kejar, rakyat perlu menilainya ! Berapa jumlah pula rakyat Pahang hutang dengan bank, dengan kad kredit, dengan pinjaman pendidikan, dengan pinjaman perniagaan ..berapa baki duit rakyat Pahang yang tinggal untuk simpanan diri sendiri.

Macamana kalau kerajaan BN tumbang pada pilihanraya ke13 nanti?. macamana kerajaan negeri baru nak selesai tunggakan ini semua! Adakah ini satu cara untuk mengikat BN perintah Pahang buat selama-lamanya. Senario ekonomi Pahang tidak sama dengan ekonomi
Penang dan Selangor. Pahang banyak tanah, banyak balak tapi masih adakah balak-balak di sana! Masih adakah balak di Sungai Lembing, diKeratong, diMentakab, di Maran, Chenot, Cameron Highland dll.

Sultan Pahang akhirnya bersuara, bertitah minta rakyat Pahang berjimat cermat. [Berita Hairan].

Titah baginda meminta rakyat sentiasa berjimat cermat dan berbelanja secara berhemat bagi menghadapi kesan kemelesetan ekonomi global ketika ini.

Titahnya, rakyat negeri ini tidak terkecuali daripada menerima kesan itu yang menyebabkan kemasukan pelaburan asing dan tempatan di kawasan perindustrian berkurangan, manakala pemberhentian pekerja dalam sektor pembuatan pula meningkat.

"Walau apa pun, kita jangan berpeluk tubuh dan berputus asa, beta yakin ada jalan dan ikhtiar yang boleh digunapakai untuk mengatasi atau mengurangkan kesan kemelut ekonomi," titah baginda.


Untuk rakyat Pahang, terimalah gesaan Sultan Pahang, berjimat cermatlah, makan satu pinggan sehari demi membayar harga RM918.17 seorang hasil tanggungjawab pemimpin negeri yang menjadi sokongan anda semua. Tahniah.

Tuanrumah: 6 tahun menetap di Cenderawasih, Kuantan, Pahang meninggalkan banyak memori sukaduka, pahitmanis disana. Apa khabar kekawan disana, moga bahagia bersama keluarga hendaknya...


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com