4.09.2009

TERKINI, pembentukan kabinet pasca Najib

. 4.09.2009



Dijangkakan senarai kabinet adalah seperti berikut;

Kabinet Malaysia pasca Najib hanya diketuai oleh 20 orang Menteri sahaja daripada 27 menteri sewaktu pasca Pak Lah dahulu. Ini berpunca dari pengabungan beberapa kementerian dan menghapuskan sakaligus menteri-menteri kaki bodek, kaki ampu yang hanya makan gaji rakyat sahaja.

Beberapa ahli parlimen yang sepatutnya mendapat jawatan menteri penuh telah ditolak tetapi Najib telah memasukkan beberapa orang yang dianggap berkelayakkan sebagai Senator termasuk Koh Tsu Koon @#$?. Ini membolehkan mereka layak memegang jawatan bertaraf menteri penuh.

Sharizat serta Khairy jamaluddin tidak akan mendapat jawatan bertaraf menteri atau timbalan menteri sebaliknya diberi jawatan disebalik tabir, kemungkinan pemerintah GLC atau setiausaha kementerian sahaja.

Paling gempar ialah kemasukkan Mukhriz Mahathir serta beberapa orang berpengaruh dari negeri Pahang iaitu Jamaluddin Jarjis serta Razali Ismail.

Muhyiddin Yassin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri manakala menteri-menteri pasca Pak Lah yang bakal digugurkan ialah Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Rais Yatim and Mustapha Mohamed.

Dan yang akan ditendang terus ialah yang kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini iaitu Hamid Albar, Azalina Othman, Mohd Zin Mohamed, Amirsham A. Aziz, Shaziman Abu Mansor dan Ng Yen Yen.

Jawatan menteri kewangan kedua akan dimansuhkan terus. (Habislah Mohamad Yaakob, takdak la habuan untuk orang Tasek Gelugoq)

Setakat ini UmNo mempunyai 22 menteri, MCA ada 4 menteri, MIC, Upko, SUPP, PBB dan PBS masing-masing satu. Dijangka UMNO akan mengadaikan maruahnya dengan mengurangkan senarai ahli UmNO dalam kabinet penuh Malaysia. Dan dijangkakan hanya 20 ke 24 menteri sahaja dalam senarai tersebut.

Kementerian yang kemungkinan digabungkan ialah Kementerian Pelancungan dengan Kementerian Budaya, Kesenian dan Perpaduan, Kementerian Pelajaran digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Domestik dan Pengguna dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seterusnya Kementerian Pertanian digabungkan dengan Kementerian Industri Peladangan dan Komoditi.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan. Tiga kementerian lain akan digabungkan iaitu Kementerian Kerjaraya, Kementerian Tenaga, air dan Komunikasi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Perdana Menteri Najib juga akan memegang jawatan Menteri Kewangan manakala Muhyiddin Yassin memegang Menteri Dalam Negeri menggantikan Hamid Albar.





klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Nak double checking tunggu siaran langsung jam 3 ni kek di TV1



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com