4.06.2009

Najib sedar dirinya tidak diterima rakyat.. alahai !

. 4.06.2009


Perdana Menteri baru, Najib Razak meminta rakyat negara ini supaya bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kepimpinannya itu.

Beliau juga beriltizam untuk memahami apa jua aspirasi rakyat dan akan melakukan yang terbaik daripada segi kepimpinan sama ada membabitkan sudut dasar, pelaksanaan dan program yang akan dilakukan.

Najib membuat rayuan ini seperti dilaporkan oleh media hari ini termasuk Utusan Meloya.

Ternyata Najib sedar bahawa beliau sebenarnya tidak layak untuk memikul tugas tersebut yang sepatutnya diamanahkan kepada seseorang yang berakhlaq, telus, tiada skandal dan tiada kontroversi.




Rakyat sebenarnya tidak dapat menerima keputusan kerajaan BN memilih Najib sebagai Perdana Menteri sedangkan masih ada calon lain dari BN yang dilihat bersih dan tidak mempunyai kontroversi.

Pemilihan Najib ini sebenarnya meneruskan 'legacy' BN yang tidak menghiraukan pandangan dan hasrat rakyat untuk melihat kepimpinan negara diterajui oleh seseorang yang mendapatkan sokongan penuh rakyat.

Lihat sahaja bagaimana peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Tun Abdullah, pemimpin pembangkang dan rakyat tidak membuat sebarang bantahan. Namun peralihan kuasa Tun Abdullah kepada Najib menyaksikan bantahan rakyat dan pimpinan politik pembangkang secara total sehingga mereka menghantar memo memintah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong menangguhkan perlantikan Najib.



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah;Baru sekarang nak merayu beri peluang, selama ni lupa diri kerrr, tengok sapa yang berkuasa.. rakyat ke kamu, Najib !!!



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com