4.18.2009

Tewas sebelum berjuang, BN mengaku kalah

. 4.18.2009


Malaysiakini melapurkan bahawa BN kemungkinan tinggi tidak akan bertanding dalam PRK Penanti jika mendapat kata sepakat dari puak-puak BN yang lain. SPR dilaporkan membelanjakan RM2.4 juta untuk mengendalikan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh (RM 409,000); Kuala Terengganu (RM 580,000); Bukit Gantang (600,000) dan untuk dua kerusi dewan undangan negeri Batang Ai (RM400,000) dan Bukit Selambau (RM400,000).

Sementara polis pula berbelanja sejumlah RM31 juta untuk mengawal kententeraman dan keselamatan awam bagi kelima-lima pilihan raya kecil berkenaan.

BN pulang dengan maruah tercalar..

Berikut adalah sebab mengapa BN tidak mahu bertarung secara anak jantan dengan PR.




Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

% Melayu...62.9, % Cina.....33.2% manakala % India.....2.8%

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, BN meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.

PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.

Dalah mustahil bagi BN memenangi PRK ini walaupun berjuta rasuah ditaburkan, berlonggok anak-anak ayam diberikan, berbondong basikal-basikal diserahkan, rakyat Penanti tahu, duit itu semua adalah duit rakyat, ambil barang undi PR.

Oleh itu, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam ceramah beliau di Penanti semalam, "Beri Pakatan Rakyat kemenangan percuma. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan dana pembayar cukai, masa dan juga tenaga tetapi ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak.

“Kita akan akur dengan kenyataan Perdana Menteri supaya jangan membazir dana awam. Oleh itu saya menyeru pimpinan BN dan Umno supaya tidak meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil Penanti,”
jelas Anwar.

Berita selanjutnya kat [SuaraKeadilanOnline]



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

Tuan Rumah; Blogger Networks@Penang macamana, tertangguh la pertarungan anda semua, orang dah mengaku kalah tu ..



Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Nekadislam.Blogspot.Com. All rightsreserved | Nekadislam.Blogspot.Com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com