Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)
Tuan Rumah;Menurut Drs Khalil, 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan,setelah satu kejadian ugutan hingga mengakibatkan kecederaan terhadap Pegawai Khas (PA) ADUN (PKR) Kuala Kurau, Sdr. Adnan yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki berkenderaan 3 buah kereta dengan senjata cotra dan parang di kedai makan di hadapan Pejabat ADUN tersebut. Semakin kecoh gamaknya...7 Mei ini.
2 comments:
Moga Allah bukakan hati Tuanku Sultan Perak untuk segera menyelesaikan masalah Perak. AllaaaahuAkbar.
Pahay la.... kalau nak harap sultan ni, dah lama rakyat minta bubar dewan semua pakat dungu je, tengokla apa akan jadi 7 Mei kelak.. tunggu
Post a Comment